Artikel PilihanBuletin

LELAKI DITAHAN KERANA TUKAR STERENG DENGAN KUALI!

Seorang lelaki di Australia ditahan oleh polis Adelaide kerana memandu sebuah kereta yang sterengnya diganti dengan sebuah kuali memasak.

Mazda-323-steering-DIY-pan-mekanika (2)

Dia diakwa menukar sendiri stereng kereta Mazda 323 itu. Biarpun begitu, pegawai polis berkenaan tidak menyatakan dengan jelas kenapa lelaki tersebut membuat ubahsuai yang sangat rare itu.

Menukar stereng bukanlah sesuatu yang pelik dan susah. Cuma beli stereng yang disukai, kemudian hantar sahaja ke kedai. Urusan memasangnya pun tidak mengambil masa terlalu lama.

Kalau nak jimat duit dan pandai, boleh pasang sendiri. Tetapi, ia tetap memerlukan kemahiran yang agak spesifik. Terutama untuk kereta-kereta moden yang dilengkapi beg udara. Maka, proses penukaran stereng pastinya lebih sukar.

Mazda-323-steering-DIY-pan-mekanika (3)

Lebih menarik lagi, lelaki itu sebenarnya bukan ditahan oleh polis trafik. Tetapi oleh sepasukan polis peronda yang dihubungi kerana terdapat sebuah kereta Mazda 323 berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Selepas membuat pemeriksaan, kereta itu bukan sahaja menggunakan kuali sebagai stereng, malah turut melakukan beberapa kesalahan lain. Antaranya mengubah suai plat nombor hadapan, kereta tidak didaftarkan, tidak dilindungi insurans dan tidak mematuhi standard keselamatan jalan raya.

Mazda-323-steering-DIY-pan-mekanika (4)

Akibatnya, pemandu berusia 32 tahun itu perlu menghadiri pendakwaan di mahkamah. Keretanya juga disita selama 28 hari. Mamat ni memang bermasalah rupanya-rupanya.

Kredit foto: autoevolution

Google ads
Back to top button