Artikel PilihanBuletin

LELAKI INI ADA 6,000 KOLEKSI VAN FORD TRANSIT!

Minat orang mengumpul barang ada macam-macam. Kalau kita kecilkan lagi skop itu kepada pengumpul model die cast kereta atau motosikal, mungkin tidak ramai yang memilih van sebagai subjeknya.  

Peter-Lee-Ford-Transit-collector-mekanika (1)

Tetapi, lain pula ceritanya dengan Peter Lee dari kawasan pedalaman Buckinghamshire, United Kingdom. Sudah mencecah usia 66 tahun, Lee kini mempunyai lebih 6,000 koleksi van Ford Transit di rumahnya.

Lee menceritakan bahawa obsesinya terhadap Transit bermula sejak dia muda lagi, membeli van tersebut dan memandunya ke Sepanyol bersama isterinya, Debbie. Pada ketika itu dia bekerja sebagai pekerja kilang di saluran pengeluaran Ford Transit di Sepanyol.

Peter-Lee-Ford-Transit-collector-mekanika (4)

Dari situ Lee semakin gemar mengumpul brosur dan memorabilia lain. Jumlah simpanannya bertambah banyak sehinggalah ke hari ini. Malah semua koleksi itu dianggarkan bernilai enam angka!.

Kini, koleksi Lee sudah melimpah dari tingkat dua rumahnya ke bahagian tangga. Tetapi, situasi itu tidak pernah membuatkan Lee mahu menghentikan ketagihannya.

Peter-Lee-Ford-Transit-collector-mekanika (5)

Kebanyakan koleksi Lee terdiri daripada model die cast yang pelbagai saiz dan konfigurasi. Selain itu, ada juga mug, Frisbee dan balang biskut Transit dari tahun 1970 yang sangat cool.

Harus tahu, Lee juga ada memiliki beberapa buah van Transit sebenar. Gila betul…

sumber: YouTube

Google ads
Back to top button