Buletin

PROTON TAYANG VIDEO HPF SEMPENA PELANCARAN PERSONA ESOK!

Saya percaya, ramai yang semakin tidak sabar untuk menantikan pelancaran sedan Proton Persona pada tengah hari esok.

Proton-Persona-HPF-technology-2016-mekanika (1)

Sedia maklum  bahawa Persona sememangnya menjadi antara model paling penting Proton. Dilancarkan pada tahun 2007, Persona ialah model gantian Wira dan menjadi penentu survival Proton pada ketika itu.

Untuk menambahkan lagi debaran itu, Proton ada menyiarkan video kedua mengenai Persona. Kali ini, fokusnya adalah aspek keselamatan dan kekukuhan kerangka menerusi teknologi Hot Press Forming (HPF).

Proton-Persona-HPF-technology-2016-mekanika (2)

Teknologi HPF dari Jerman itu mula digunakan pada model Preve, Suprima S dan Iriz. tahukah anda bahawa Proton menjadi salah satu daripada pengeluar OEM di dunia yang mengaplikasikan teknologi tersebut?

Video berdurasi dua minit lapan saat itu menunjukkan kelebihan penggunaan kerangka HPF yang membolehkan kenderaan menjadi lebih kukuh dan ringan. Besi karbon berkekuatan tinggi dipanaskan sehingga 900 darjah selsius. Sebelum diacu pada sushu sesejuk 4 selsius.

Proton-Persona-HPF-technology-2016-mekanika (5)

Proses itu membuatkan kerangka tersebut lima kali lebih kuat. Ia dibuktikan menerusi beberapa demonstrasi yang dibuat oleh sepasukan anggota bomba. Mereka menggunakan tukul besi, mesin pemotong besi dan jaw of life.

“Kerana setiap nyawa adalah berharga,” kata Proton sebagai penutup video tersebut.

Google ads
Back to top button