BuletinMotosikal

LELAKI INI LAKUKAN AKSI STUNT-MELOMPAT MERENTASI LEBUH RAYA

Sekali lagi California menjadi tumpuan golongan berani mati (daredevils) menunjukkan skil lagak ngerri stunt mereka di jalan raya terbuka. Setahun lalu masyarakat di San Diego digemparkan dengan video seorang lelaki memandu buggy di atas jalan raya umum dan membuat aksi-aksi merbahaya, kini muncul pula seorang lagi lelaki yang melompat merentasi lebuh raya California yang sibuk dengan lalu lintas.

Anda boleh menyaksikan video aksi ini yang pada mulanya dikongsikan oleh seorang pengguna instagram dengan nama kyle_katsandris. Banyak gambar-gambar dan video aksi motosikal dikongsikan beliau tetapi biasanya ia diambil dilokasi khas untuk aktiviti off-road. Hanya satu video ini sahaja dilakukan di atas jalan raya umum.

Video itu menunjukkan penunggang tersebut menyiapkan tanjakan sebelum memecut motosikal beliau menaiki tanjakan tersebut sebelum membuat lompatan melepasi lebuhraya California dan mendarat dengan selamat di seberang sana. Tiada sesiapa yang tercedera dalam pembikinan video ini tetapi ia merupakan satu aksi yang cukup merbahaya dan tidak sepatutnya dilakukan berdekatan dengan jalan raya.

Rasanya penunggang ini memang seorang pelumba professional berdasarkan aksinya melompat yang selamba dan penunh keyakinan. Kalau nak harapkan Pak Amid dengan Demak Orimoto memang mati hidup balik lapan kali pun buat alasan sakit perut kalau kena suruh melompat macam ni.

Jika video ini bertujuan menarik perhatian umum, maka ia sememangnya telah mencapai tujuannya. Malangnya ia turut menarik perhatian pihak berkuasa tempatan. Pihak Peronda Lebuhraya California dan Jabatan Sheriff Riverside County dikatakan telah melancarkan siasatan untuk mengesan dan mendakwa pelumba terbabit.  Penunggang tersebut akan didakwa kerana melanggar ordinan kesalahan jalan raya dan menceroboh tanah rizab lebuh raya.

Begitupun penunggang tersebut masih belum dikesan sehingga ke hari ini. Ia hampir menyamai aksi yang dilakukan oleh seorang pemandu buggy yang melakukan aksi-aksi merbahaya sebelum ini. Setelah berjaya dikenalpasti, beliau didapati mempunyai rekod 26 kesalahan termasuklah memandu dengan melulu dan melanggar had kelajuan yang ditetapkan.

Itu baru di negara Barat, di negara kita pemandu yang memandu di atas lebuh raya itu kadang-kadang lebih merbahaya lagi rasanya. Pernah tengok Myvi melompat atas belakang van kan?

BACA: F&F8 SARAT DENGAN AKSI STUNT

BACA: FILEM CHIPS AKAN KE PAWAGAM BULAN INI

 

 

 

 

 

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button