Buletin

TIADA LAGI JUALAN KENDERAAN PETROL, DIESEL MENJELANG 2035 DI CALIFORNIA

Gabenor California Gavin Newsom menandatangani perintah eksekutif yang melarang penjualan kenderaan baharu berkuasa petrol dan diesel di negeri ini menjelang tahun 2035.

Menurut perintah berkenaan, pada tahun itu, semua kenderaan penumpang yang dijual di California diwajibkan terdiri kenderaan tanpa pelepasan emisi.

Pejabat gabenor dalam satu kenyataan berkata, sektor pengangkutan bertanggungjawab terhadap lebih separuh daripada semua pencemaran karbon di California, 80 peratus pencemaran asap dan 95 peratus pelepasan toksik diesel.

Los Angeles Basin dan Central Valley menyaksikan antara kawasan dicemari udara toksik di negara terbabit.

Bagaimanapun, perintah eksekutif itu tidak akan menghalang warga California untuk memiliki kereta berkuasa gas atau menjualnya di pasaran kereta terpakai.

Menurut kenyataan itu lagi, langkah tersebut dijangka dapat mencapai lebih 35 peratus pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan peningkatan 80 peratus dalam pelepasan nitrogen oksida dari kereta di seluruh negara.

California merupakan salah satu pasaran terbesar bagi kenderaan baharu di Amerika Syarikat dan langkah berkenaan dijangka member kesan kepada penduduk di negeri-negeri jauh dari Bandar raya berkenaan.

Ia juga akan mempengaruh pengeluar kenderaan untuk mengeluarkan barisan model-model pelepasan sifar emisi. – agensi.

Google ads
Back to top button