LELAKI KEHILANGAN DUA BUAH KIA DALAM SEBULAN – KENA MANDI BUNGA NI
Kemajuan dalam teknologi keselamatan membuatkan kenderaan anda lebih selamat dan sukar dicuri oleh penyangak. Mod Sentry dalam kereta keluaran Tesla akan membolehkan pemilik merakam muka penyangak dan mengesan lokasi mereka dan kenderaan anda. Tapi itulah, malang ni memang tidak berbau. Kalau dah tak ada rezeki, letak dalam kawasan rumah sendiri pun boleh hilang lagi.
David Reiss dari Denver, AS adalah contoh terbaik. David kehilangan kereta dari jenis yang sama sebanyak dua kali dalam masa sebulan pada bulan Oktober yang lalu. Pada mulanya Kia Sportage 2018 milik Reiss dicuri di garaj apartment beliau di Denver. Reiss terlalu menggemari Kia Sportage milik beliau dan sekali lagi membeli model yang sama pada bulan berikutnya.
Kali ini lebih sadis sebab ia sekali lagi dicuri selepas lima hari dibeli. Sportage kedua beliau ini dicuri di kawasan letak kereta pejabat. Sekali lagi Reiss menerima kejutan akibat benda yang sama. Reiss menyatakan yang mungkin ianya salah beliau sendiri kerana membeli kereta dari jenis yang sama. Kalau beli kereta jenis lain kurang terkejut sikit kot? Apa la mamat ni.
Menariknya model keluaran Kia biasanya bukan menjadi model pilihan pencuri di AS tetapi statistik kecurian kenderaan meningkat secara drastik di Denver sewaktu pandemic. Malah model Kia juga tidak terkecuali.
Pada bulan Oktober, jenayah kecurian kereta meningkat sebanyak 50 peratus di Denver berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Polis menyifatkan peningkatan ini mungkin akibat cabaran ekonomi yang dihadapi orang ramai sepanjang tempoh pandemic dengan rata-rata pemilik bekerja dari rumah dan meninggalkan kereta dalam jangka masa yang lama sekaligus memudahkan operasi pencuri kereta.
Menariknya Kia merupakan jenama popular di kalangan pencuri di Denver diikuti oleh Hyundai, Subaru, Honda selain trak pikap Chevrolet dan Ford. Hanya 8 kecurian model Kia dilaporkan pada Januari tetapi ia meningkat kepada 74 unit pada bulan November. Polis membuat andaian yang model Kia menjadi sasaran kerana ia mudah untuk dicuri dan dihidupkan. Ye ke?
Kereta-kereta Reiss masih gagal dikesan sehingga kini dan beliau belum berhasrat untuk membeli kereta baru kerana takut pisang berbuah tiga kali.
Tapi jika beliau mengubah fikiran satu hari nanti, Reiss inginkan sebuah model keluaran VW ataupun mana-mana model dengan butang penghidup. Okey, kami harap Reiss tak tekan butang penghidup sebanyak tiga kali untuk menghidupkan kereta okey.