Buletin

RENAULT ZOE EV PALING LARIS KAT EROPAH. DAH JUAL 84K UNIT TAHUN INI

Renault Zoe merupakan kenderaan elektrik (EV) paling laris di pasaran Eropah sehingga hari ini.

Menurut Renault, jentera supermini emisi sifar berkenaan terjual sebanyak 84,000 unit bermula dari Januari sehingga November ini sekali gus menujukkan peningkatan dua kali ganda berbanding pada tahun lalu.

Zoe turut melakar sebagai kenderaan penumpang elektrik paling laris di Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugal.

Sejak produksi bermula pada 2012, Renault berjaya menjual lebih 268,000 unit model itu di Eropah.

Selain itu, hampir satu pertiga daripada van elektrik yang dijual di Eropah dikuasai model Kangoo Z.E. sebanyak 8,498 unit.

Ia menjadikan Renault mendahului dalam pasaran kenderaan ringan komersial elektrik malah sejak dilancarkan kira-kira 10 tahun lalu, Kangoo Z.E. terjual sebanyak 57,595 unit di Eropah.

Pengeluar Perancis tersebut turut dalam perancangan membangunkan semula hatchback kompak pada tahun hadapan berdasarkan Megane eVision Concept dan dijangka memberi saingan kepada Volkswagen ID.3.

Dibangunkan menggunakan platform CMF-EV yang dikongsi bersama Nissan Ariya, ia mampu menjana kuasa 217 hp dan tork 300 Nm.

Ia dijana bateri 60 kWh yang disokong pengecas pantas mencecah 130 kW dan mampu bergerak sehingga 100 km/j dalam tempoh kurang 8 saat. – carscoops.

Google ads
Back to top button