Buletin

LELAKI PANDU SUZUKI MARUTI DZIRE PAKAI HELMET. SERIK KENA SAMAN

Serik dikenakan saman menyebabkan seorang lelaki di Kanpur, India bertindak mengenakan topi keledar apabila memandu Suzuki Maruti Dzire.

Insiden pelik berkenaan berlaku apabila lelaki terbabit ditahan pihak berkuasa ketika memandu kereta dengan tidak memakai topi keledar.

Berikutan kesalahan tersebut, dia dikenakan saman berjumlah Rs 1,000 (RM57).

Pada kebiasaannya, penggunaan topi keledar adalah untuk penunggang atau pembonceng kenderaan dua roda.

Bagi pemilik kereta dikenakan denda kerana tidak menggunakan topi keledar merupakan sesuatu di luar jangka. –cartoq

Google ads
Back to top button