Buletin

UMW TOYOTA MOTOR CATAT JUALAN 38,085 UNIT UNTUK 8 BULAN PERTAMA 2021

UMW Toyota Motor baru-baru ini mengumumkan bahawa ia mencatat jualan sebanyak 38,085 unit dalam tempoh lapan bulan pertama 2021.

Ini merupakan kenaikan berbanding tempoh sama pada tahun 2020 dengan 31,734 unit. Momentum jualan yang positif itu banyak disumbangkan oleh pengecualian cukai jualan (SST) yang bakal berakhir pada 31 Disember depan.

Biarpun begitu, jualan keseluruhan kenderaan Toyota dan Lexus pada Ogos turun 56 peratus kepada 2,524 unit, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagi merancakkan kembali jualan, UMW Toyota akan mengadakan promosi jualan. Sebagai contoh, pelanggan kini boleh menikmati bayaran bulanan serendah RM493 untuk Yaris menerusi EZ Beli.  

Manakala pelanggan yang membeli Toyota RAV4 akan menerima rebat tunai sehingga RM10,000. Anda juga boleh berjimat sehingga RM17,391 untuk pembelian Toyota Alphard.

Bagi memberi ketenangan minda kepada pelanggan, semua pusat jualan dan servis Toyota dan Lexus akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Pelanggan perlu mengimbas suhu dan mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera, selain menggunakan pelitup muka serta pembersih tangan.

UMW Toyota juga memaklumkan bahawa kedua-dua buah kilang pemasangannya di Selangor sudah Kembali beroperasi. Walaupun terdapat tunggakan tempahan, syarikat dijangka dapat menyerahkan kenderaan pada masa yang sewajarnya kepada pelanggan.  

Google ads
Back to top button