Buletin

LEXUS LEBAR SAYAP KE BORNEO

Lexus Malaysia mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran kenderaa mewah di Malaysia dengan pembukaan pusat 3S pertama jenama itu di Kuching, Sarawak.

Lexus-3S-Kuching -mekanika (3)

Perasmian kemudahan Lexus itu memberi peluang kepada pelanggan Lexus di sana untuk merasai pengalaman pemilikan jenama mewah Lexus yang sebenar. Lexus Kuching yang dikendalikan oleh Boulevard Jaya turut membuka pusat jualan dengan kemudahan lengkap untuk kenderaan Toyota bersebelahannya.

Premis lima tingkat itu dilengkapi kemudahan canggih yang sinonim dengan jenama Lexus. Ia mampu mempamerkan tujuh model terbaru Lexus dan beroperasi sebagai pusat servis.

Pusat servis berkenaan dikendalikan oleh 20 staf terlatih dalam bidang jualan dan selepas jualan di bawah kelolaan Pengurus Jualan, Andrew Law Chin Lik dan Pengurus Operasi Khidmat Pelanggan, Dennis Bung Cheng.

 

Lexus-3S-Kuching -mekanika (1)

“Boulevard Jaya dilantik sebagai pengedar Lexus berdasarkan rekod lampaunya di dalam industri automotif yang sudah terbukti, keupayaan pengurusan yang cekap, serta dedikasi dan sokongan yang ditunjukkan terhadap usaha UMW Toyota selama ini.

“Dengan pelaburan lebih daripada RM52 juta untuk membangunkan dan membuka kemudahan terbaru ini, Boulevard Jaya sekali lagi membuktikan kesungguhan mereka terhadap jenama Lexus,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, Lexus Malaysia sudah melancarkan pusat 3S di Mutiara Damansara, Penang, Johor Bahru, Sungai Besi, sebuah bilik pameran di tengah Kuala Lumpur dan di Kuching Sarawak.

Lexus Malaysia juga telah melabur sebanyak RM50 juta untuk mengembangkan rangkaian jenama ini bagi menawarkan keselesaan kepada lebih ramai pelanggan untuk merasai sendiri layanan mewah Lexus.

Lexus-3S-Kuching -mekanika (4)

Semua kemudahan ini menawarkan pengalaman termewah bagi pemilik Lexus. Dua lagi premis Lexus akan dilancarkan menjelang suku ketiga tahun ini, masing-masing di Ipoh dan Melaka.

Sepanjang tempoh itu, Lexus Malaysia berjaya menjual 6,000 unit kenderaan. Dengan kepelbagaian model yang ditawarkan, permintaan terhadapnya semakin meningkat. Lexus Malaysia mensasarkan untuk menjual sejumlah 1,400 unit kenderaan tahun ini.

Pusat 3S Lexus Kuching serba baru ini terletak di Lot 872 & 873, Blok 16, KCLD, Jalan Datuk Tawi Sli, 93250, Kuching, Sarawak. Hubungi talian bebas tol Lexus di 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS) atau layari www.lexus.com.my untuk maklumat lanjut.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button