SAH: PEMBELI LAND CRUISER 300 PERLU TUNGGU 4 TAHUN!
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi, terdapat berita di mana ada di antara para pembeli Toyota Land Cruiser generasi baharu terpaksa menunggu sehingga empat tahun.
Dalam perkembangan terbaharu, Toyota mengakui hal tersebut dan pengeluar itu membuat permohonan maaf di atas tempoh menunggu yang sangat lama itu di dalam laman web mereka.
Namun begitu, Toyota akan cuba sedaya upaya untuk memendekkan tempoh menunggu yang perlu dihadapi oleh para pelanggannya.
Toyota Land Cruiser siri 300 merupakan generasi baharu yang telah dilancarkan pada tahun lalu, dan disebabkan permintaan yang tinggi, beberapa syarat telah dikenakan kepada pelanggan bagi mengelakkan sebarang penipuan atau penjualan semula pada harga yang tinggi.
Keadaan bertambah buruk apabila dunia masih lagi belum sembuh daripada krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor sehingga kini.