Buletin

UMW TOYOTA MOTOR UMUM PANGGILAN SEMULA MODEL ALTIS, LEXUS NX & LEXUS RX

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan satu kempen servis khas (SSC) bagi memeriksa dan menggantikan sensor pada beg udara.

Model-model yang terlibat ialah Toyota Corolla Altis, Lexus NX dan Lexus RX. SSC ini dijalankan berikutan Toyota Motor Corporation (TMC) sudahpun melakukan tindakan sama di peringkat global pda 31 Januari lalu.

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh TMC, jumlah kenderaan yang terlibat adalah 2,800 unit Toyota Corolla Altis, selain sekitar 500 unit Lexus NX serta Lexus RX.

Kereta ini dihasilkan mulai Jun 2015 hingga Januari 2016, diedarkan oleh UMW Toyota Motor dan Lexus Malaysia.  

Kerosakan akibat isu pengilangan itu mungkin menyebabkan insulasi chip Integrated Circuit (IC) pada alat pengesan tekanan dan sensor G boleh tercabut, sekali gus membuatkan chip IC tersebut terdedah.

Jika ini berlaku, lampu amaran beg udara akan menyala. Beg udara sisi dan hadapan juga mungkin tidak dapat berfungsi. Seterusnya meningkatkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan.

TMC kini dalam usaha untuk mendapatkan alat ganti dan akan memaklumkan pelanggan yang terjejas. Mereka perlu membawa kenderaan masing-masing dan tempoh penukaran mengambil masa sekitar 30 minit hingga empat jam (bergantung kepada model). Penggantian adalah percuma.  

Pelanggan boleh menghubungi mana-mana pusat servis sah Toyota atau talian 1800-8-TOYOTA (869682). Bagi pemilik Lexus, mereka boleh menghubungi talian 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS) atau layari laman web lexus.com.my.

Anda juga boleh melayari laman web Special Service Campaign Toyota: toyota.com.my dan periksa nombor pengenalan kenderaan (VIN). Bagi mereka yang sudah memuat turun aplikasi Toyota Drive, terdapat pautan kepada laman SSC dan VIN Checker. 

Google ads
Back to top button