Buletin

LIHAT APA YANG VW BUAT DENGAN LAMPU KERETA, MERIAH SUNGGUH!

Apabila bercakap tentang kemajuan automotif hari ini ia bukan lagi mengenai nadi kuasa sahaja. Bermula daripada teknologi multimedia, sambungan internet sehingga kepada kluster meter yang boleh berubah-ubah seperti tab atau telefon pintar.

Apakah teknologi seterusnya?

Jika mengikut trend jawapannya ialah teknologi lampu pula. Ini lah yang sedang diusahakan oleh Volkswagen.

Teknologi yang dimaksudkan bukan sekadar berkedip-kedip sebagai hiburan tetapi untuk keselamatan.

Teknologi yang dibangunkan jurutera dan pereka VW ini akan menambahbaik fungsi lampu dari sekadar nyalaan kepada alat untuk keselamatan jalan raya atau dipanggil teknologi lampu interaktif.

Teknologi ini menggunakan lampu micro pixel yang mempunyai sehingga 30,000 poin nyalaan dan LED dan ia adalah alternatif yang lebih murah berbanding lampu nyalaan laser yang semakin banyak digunakan kereta mewah sekarang.

Tidak sekadar menyuluh jalan, lampu micro pixel HD boleh diprogramkan untuk menayangkan informasi atau objek ke atas permukaan jalan dan menjadikan ia pelbagai guna dan lebih selamat.

Secara mudahnya, nyalaan lampu yang dibangunkan VW ini mampu memancarkan pelbagai bentuk nyalaan di atas permukaan jalan dan juga badan kereta itu sendiri.

Konsep sebegini mengingatkan kepada kereta-kereta di dalam filem Fast&Furious yang penuh meriah dengan lampu warna-warni. Tidak sangka ia boleh dimajukan dan membantu dalam keselamatan jalan raya.

Walaupun nampak ringkas dan seperti boleh dipasang di kedai aksesori, teknologi ini rumit juga untuk dihasilkan. Membuktikan kesungguhan dalam bidang ini, VW telah pun membuka satu pusat ujian lampu di kilangnya di Wolfsburg, Jerman.

Terowong ujian tersebut yang terletak di bahagian penyelidikan dan pembangunan berukuran 100 meter panjang, 15 meter lebar dan 5 meter tinggi.

Di dalam terowong tersebut VW menggunkan simulasi jalan raya untuk menguji sistem lampu bagi kegunaan semasa dan masa depan.

Ujian yang dilakukan boleh dihasilkan semula dan diulang. Hasilnya ialah sistem yang dibangunkan boleh dibuat perbandingan dan dinilai dengan baik.

BACA: VAN VW KEPALA SAMA, BADAN BOLEH JADI MACAM-MACAM

BACA: PANDU UJI: VW GOLF R-LINE – CUKUPKAH UNTUK ANDA LUPAKAN GTI?

Satu lagi perkara menarik ialah melalui kemudahan yang ada ini banyak menjimatkan masa dan pemanduan pada waktu malam di luar dapat dikurangkan.

Apabila masa dapat dijimatkan maka sebarang kemajuan dapat diaplikasikan kepada kereta jalanan dalam masa yang pantas.

Cuba klik pada galeri gambar di bawah. Layan juga dan terhibur dengan koleksi pelbagai jenis bentuk dan fungsi lampu yang dibangunkan VW.

Google ads
Back to top button