
LINGYUAN – SISTEM DRON AUTOMATIK DI ATAS KERETA BYD
Pengeluar EV Chinan iaitu BYD telah melancarkan “Lingyuan,” iaitu sistem pelancaran dron dipasang yang ada kenderaan dan dibangunkan dengan kerjasama DJI. Buat masa ini sistem ini akan dijual di pasaran China terlebih dahulu untuk model-model terpilih BYD dengan harga permulaan RM 9775.
Dalam video promosi BYD yang disiarkan semula oleh saluran YouTube ShanghaiEye menunjukkan gambaran kenderaan pintar masa depan. Pemandu hanya perlu mengaktifkan butang maya pada skrin sentuh kenderaan mereka, dan pintu simpanan dron akan terbuka di bahagian atas kereta secara automatik
Video promosi juga mendedahkan platform pendaratan dron yang boleh dinaikkan dengan dron berada diatasnya. Drone itu ditunjukkan sedang terangkat semasa EV sedang bergerak dan boleh bergerak mengikuti kereta BYD yang sedang dipandu

Menurut CnEVPost, dron boleh berlepas dan mendarat pada kelajuan sehingga 25 km/j dan ia juga boleh kembali secara automatik selagi ia terbang dalam jarak dua kilometer radius dari kenderaan. CnEVPost juga mengatakan dron itu boleh mengikuti kereta BYD sehingga 54km/jam. Hangar simapan dron akan mengecas dron apabila ia mendarat.
BYD dan DJI bekerjasama dalam “membangunkan sistem bersepadu sepenuhnya dari bawah,” kata pengerusi BYD Wang Chuanfu pada acara pelancaran di hab teknologi China Shenzhen pada hari Ahad lepas menurut sumber SCMP. Pembuat kereta itu juga dilaporkan memperkenalkan versi SUV BYD Bao 8n yang didatangkan dilengkapi dengan sistem Lingyuan dalam masa terdekat
Rekaan luar dron Lingyuan hampir sama dengan rekaan DJI Dock 3 yang digunakan dalam tugas seperti pemeriksaan talian kuasa atau tindak balas kecemasan. DJI Dock 3 ialah versi pertama DJI Dock yang membolehkan anda melancarkan dron dari kenderaan bergerak, tetapi kosnya agak lebih mahal daripada sistem dron Lingyuan yang digunakan oleh BYD dengan harga permulaan mencapai RM 94,000