Buletin

VPCM NAIK TARAF APLIKASI VOLKSWAGEN CARES. LEBIH MUDAH, MESRA PENGGUNA

Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini melancarkan aplikasi Volkswagen Cares baharu untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan pelanggan. Dilancarkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Volkswagen Cares, aplikasi baharu tersebut akan menggantikan versi lama secara serta-merta.

VPCM membangunkan aplikasi baharu ini dengan mengambil kira maklum balas pelanggan sebelum memperkenalkan fungsi-fungsi baharu dan meningkatkan ciri-ciri untuk menambah baik pengalaman pengguna. Aplikasi Volkswagen Cares merupakan pusat sehenti yang menempatkan pelbagai sokongan jualan dan selepas jualan.

Antaranya, pelanggan boleh menguruskan maklumat kenderaan dengan mudah, menjadual temu janji servis secara dalam talian, menerima tawaran dan promosi eksklusif, selain berhubung dengan Volkswagen Malaysia serta rangkaian pengedarnya. 

Aplikasi baharu itu juga akan memberikan peringatan VIP (Volkswagen Insurance Plan) dan membenarkan pelanggan untuk menguruskan baucar servis. Naik taraf untuk memperkenalkan fungsi baharu seperti sistem ganjaran dan gerbang pembayaran sudah pun dirancang dan sedang diusahakan.

“Kami kini mempunyai sekitar 30,000 pemilik dan lebih 50% daripada jumlah tersebut merupakan ahli VCP yang kenderaan mereka berusia 5 tahun dan ke atas.

“Dengan mendengar keperluan mereka, kami mengambil inisiatif untuk mengubah dan membangunkan aplikasi ini untuk pengalaman lebih baik,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

VPCM telah mendigitalkan sepenuhnya perjalanan pemilikan kenderaan untuk menawarkan kemudahan dan akses di hujung jari sahaja. 

Daripada eShowroom dan perkhidmatan penghantaran ke rumah, sehinggalah perkhidmatan selepas jualan dan kini aplikasi Volkswagen Cares yang telah ditambah baik, pelanggan boleh menguruskan segalanya tanpa perlu keluar dari rumah.

Sebagai peneraju digital dalam industri, VPCM telah merintis banyak kempen digital pintar dengan teknologi terkini. Ia menjadi jenama automotif pertama yang menjual kenderaan di platform eDagang seperti Lazada dan Shopee serta di media sosial Instagram.

Dari segi selepas jualan, kempen #SafeHands memastikan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan. Terdapat pilihan mengambil dan menghantar untuk temu janji servis, pemeriksaan 5 Star Service secara percuma, Service Cam, serta pelan pembayaran kos efektif dan tanpa tunai.

Aplikasi Volkswagen Cares baharu kini sudah boleh dimuat turun daripada Apple App Store dan Google Play Store. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my 

Google ads
Back to top button