Buletin

PESAWAT SPITFIRE BERUSIA 79 TAHUN DILELONG PADA HARGA RM25 JUTA

Pesawat pejuang Supermarine Spitfire yang pernah menumpaskan pesawat tentera Jerman ketika Perang Dunia Kedua dilaporkan dilelong dengan harga £4.5 juta (RM25.58 juta).

Pesawat Supermarine Spitfire Mark LF IXb yang dikeluarkan pada tahun 1943 itu pernah ‘membintangi’ beberapa filem Hollywood.

Antaranya adalah filem The Longest Day yang ditayangkan pada 1962 dan Battle of Britain pada 1969. 

Ia merupakan antara segelintir pesawat Spitfire asli yang masih mampu terbang dan disimpan di daerah Northamptonshire, Britain setelah dipulihkan di Australia sejak lima tahun yang lalu.

Lebih mengejutkan, pesawat perang dengan satu tempat duduk itu masih mempunyai 95 peratus bahagian asalnya dan lengkap dengan komponen dalaman mengikut spesifikasi ketika Perang Dunia Kedua.

Pesawat dengan perkataan ‘MH415’ tertulis pada ekornya itu asalnya dibina pada 79 tahun yang lalu di Castle Bromwich.

Ia kemudian digunakan oleh Skuadron RAF 129 dan Skuadron RAF 222 lalu ditempatkan di bandar Hornchurch pada Ogos 1943 sebelum akhirnya tidak digunakan pada 1945.-KOSMO/dailymail

Google ads
Back to top button