Motosikal

BMW S 1000 RR ISLE OF MAN EDITION UNTUK PASARAN PERANCIS. RM163K SEUNIT, TERHAD 50 UNIT

BMW Motorrad memperkenalkan jentera edisi khas, BMW S 1000 RR Isle of Man Edition yang ditawarkan di pasaran Perancis sahaja.

Jentera terhad kepada 50 unit itu dijual pada harga €33,005(RM163,884).

Superbike terbaharu yang mendapat inspirasi daripada kereta BMW M3 itu mendapat sentuhan warna unik hijau metalik M Isle of Man Green.

Selain itu, ia didatangkan tangki minyak yang mendapat kemasan tertera S 1000 RR Isle of Man Edition dan terukir nombor unit jentera.

Jentera tersebut turut menawarkan lapisan tinted kuning pada lampu utama LED, cermin windscreen diperbaharui, serta rim tempa khas M dan set ekzos Titanium Akrapovic.

BMW S 1000 RR mendapat khidmat enjin 4-silinder 999cc yang mampu menjana kuasa 204hp @ 13,500rpm dan tork 113Nm @ 11,000rpm dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Ia turut dilengkapi ciri-ciri seperti kawalan jelajah Dynamic Pack, pemegang bar hendal dengan ciri pemanas terbina, rantai endurance M, LapTrigger GPS M, dan slot USB daripada Sport Pack. – rideapart

Google ads
Back to top button