Buletin

LOTUS DAPAT GERAN RM55 JUTA

Kerajaan Britain, menerusi Dana Pertumbuhan (RGF) baru-baru ini telah menganugerahkan firma automotif milik DRB-HICOM iaitu Lotus geran berjumlah £10.44 juta (RM55 juta). 

057812600_1253014656

Geran tersebut akan digunakan bagi tujuan penyelidikan, pembangunan produk dan latihan kakitangan. Lotus juga dijangka menawarkan 313 peluang pekerjaan tetap yang baru bagi menyokong produksi pada masa akan datang.

72574lot

Ketika melawat ibu pejabat Lotus di Norfolk pada 25 November lalu, wakil RGF mengumumkan secara rasmi pemberian geran berkenaan kepada pihak pengurusan Lotus.

DLS_8533

Geran itu nyata memberi lebih sumber kepada Lotus selepas DRB-HICOM membuat pelaburan sebanyak  £100 juta (RM527 juta) yang membolehkan Lotus meningkatkan aspek kejuruteraan, produktiviti, kecekapan dan kualitinya.

DLS_8530

“Geran ini adalah sebahagian daripada strategi Lotus dalam usaha memastikan kami terus maju dan berkembang. Kami memberi respons terhadap peningkatan permintaan di peringkat global dan perkhidmatan rundingan kejuruteraan.

020310-1-lotus

“Kami mempunyai banyak rancangan menarik untuk kereta sports Lotus. Penawaran pekerjaan baharu sememangnya satu langkah positif buat Lotus dan mampu menyumbang  secara signifikan kepada industri automotif Britain,” kata Ketua Pegawai Operasi Lotus, Aslam Farikullah.

_DS19993

Industri kereta merupakan antara industri penting kepada Britain dengan menggaji lebih 130,000 kakitangan dan membantu membina ekonomi lebih kukuh apabila menyumbang lebih £11 bilion (RM58 bilion) setahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button