Buletin

LOTUS EMEYA SIAP DIUJI DI BULATAN ARTIK, PERLU KEKAL SEBAGAI SEBUAH LOTUS

Diperkenal pada September 2023 di New York, Amerika Syarikat, Lotus Emeya kini selesai menjalani peringkat akhir program pengujian dan pembangunan di salah satu lokasi paling mencabar di dunia.

Kereta grand tourer hiper elektrik itu diuji di Ivalo, Finland dan sekitar 250 kilometer di dalam Bulatan Artik.

Suhu dalam tempoh beberapa minggu lalu serendah – 25 darjah Celsius dan kakitangan terlibat perlu menguji Emeya di dalam ‘peti sejuk beku kereta’ bagi mengujinya pada suhu – 40 darjah Celsius.

Ujian tersebut adalah sebahagian daripada program pengujian dan pembangunan Emeya yang memakan masa tiga tahun merentasi 15 buah negara merangkumi benua Eropah dan China.

Pengujian dibuat di jalan penghubung minor (B-road) yang mencabar di United Kingdom (UK), lebuh raya autobahn Jerman, laluan tertinggi di pergunungan Apline dan lokasi terpencil di Mongolia Dalam.

Emeya juga tidak lengkap jika tidak diuji di litar lumba termasuk Nürburgring Nordschleife dan tapak ujian seperti di Nardò Ring, Itali.

Selain cuaca sejuk melampau Emeya perlu mengharungi cuaca setinggi 40 darjah Celsius.

Belum memadai, Emeya akan menjalani ujian tambahan di dalam pasaran seperti Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Australia sebelum dihantar kepada pelanggan di negara-negara tersebut.

Berikut di antara tumpuan jurutera Lotus di dalam menguji Lotus di Artik:

  • Sistem casis seperti ampaian, stereng, brek, dan kawalan cengkaman dan penstabilan bagi memastikan kestabilan di dalam pelbagai keadaan dan permukaan seperti ais dan salji
  • Pengujian dan pembangunan tayar musim sejuk buatan khas Lotus
  • Fungsi teknologi bantuan pemanduan yang membantu pemandu kekal dalam kawalan di dalam keadaan tanda jalan dan isyarat jalan raya mungkin terhalang disebabkan faktor luaran seperti salji
  • Membuktikan kegunaan bateri yang kekal berfungsi di dalam cuaca melampau semasa mengecas dan nyah cas bagi memastikan ketekalan (consistency) dan keterulangan
  • Pengujian dan penentukuran penyaman udara dan sistem pengurusan terma bagi memastikan kereta cekap dan selesa mungkin di dalam semua keadaan

Lotus melakukan dua jenis pengujian semasa pembangunan Emeya iaitu terkawal dan dunia sebenar.

  • Terkawal – Keadaan yang tekal mesti wujud sebagai contoh semasa tayar diuji permukaan mesti dalam keadaan tekal untuk mendapatkan perbandingan yang bermakna
  • Dunia sebenar – Membuktikan keputusan dari ujian terkawal, memperkenalkan faktor baharu seperti permukaan jalan yang berubah dan pemanduan di dalam trafik

Memenuhi peraturan global merupakan objektif penting di dalam program ini namun terdapat satu lagi sasaran iaitu memastikan Emeya mempunyai ciri-ciri pemanduan seperti kenderaan Lotus sebenar.

Emeya merupakan kenderaan elektrik dan Lotus sendiri dalam peringkat peralihan dan satu yang penting untuk kekal kepada akar sebuah Lotus.

Di antara orang kanan yang terlibat ialah Gavan Kershaw dan beliau berada di dalam proses tersebut sejak bersama Lotus pada tahun 1988 ketika berusia 16 tahun.

Emeya dilengkapi teknologi seperti sistem kawalan termaju Lotus dan pacuan empat roda yang membantu dan cemerlang di dalam kestabilan, pengendalian dan kawalan.

Teknologi tersebut membantu pemanduan dan pengendalian di dalam cuaca yang melampau.

Emeya juga canggih dengan kawalan melalui Lotus App seperti penetapan suhu dan menghidupkan pemanas kerusi dan stereng.

Turut dilengkapi pemanas kamera sisi dan cermin supaya penglihatan tidak terjejas dengan pemeluwapan, salji atau ais.

Skrin 55 inci Emeya mempunyai Snow Mode yang menukar paparan kepada warna biru bagi membantu pemandu melihat garisan jalan lebih mudah berbanding latar belakang warna putih.

Skrin itu paling besar dan tercanggih di dalam kenderaan Lotus setakat ini.

Google ads
Back to top button