Buletin

MUSTANG MACH-E, HYUNDAI IONIQ 5 DAN KIA EV6 FINALIS KERETA TERBAIK DUNIA

Anugerah Kereta Dunia mendedahkan tiga finalis bagi setiap enam kategori dan kenderaan elektrik (EV) mendominasi pertandingan pada tahun ini.

Dalam kategori Kereta Terbaik Dunia, kesemua finalis merupakan EV iaitu Ford Mustang Mach-E, Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6.

Jentera Ioniq 5 juga merupakan pesaing dalam kategori Kenderaan Elektrik Terbaik Dunia.

EV keluaran Korea Selatan itu akan bersaing dengan Audi e-tron GT dan Mercedes EQS yang menggabungkan rangkaian kuasa elektrik serta kemewahan.

Selain itu, EV terus mendominasi dalam kategori Kereta Mewah Dunia dengan pencalonan daripada Mercedes EQS, BMW iX dan Genesis GV70.

Kategori Kereta Prestasi Dunia pula menyaksikan bertembungan antara Audi e-tron GT, BMW M3/M4 dan Toyota GR86/Subaru BRZ.

Jentera elektrik terus menunjukkan ia semakin menempa nama dalam dunia automotif apabila menjadi finalis dalam kategori Rekaan Kereta Terbaik Dunia.

Dalam kategori tersebut, Audi e-tron GT, Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6 akan berentap merangkul gelaran.

Bagi kategori terakhir iaitu Kereta Urban Dunia akan menampilkan Opel Mokka, Toyota Yaris Cross dan Volkswagen Taigun.

Pemenang akan diumumkan pada New York Auto Show pada 13 April ini. –carscoops

Google ads
Back to top button