Buletin

MASERATI GHIBLI

Pengeluar kereta mewah berprestasi tinggi, Maserati telah mendedahkan imej salon sports eksekutifnya sempena debut di pameran Shanghai Motor Show hujung bulan ini.

Diberi nama Ghibli, ia memiliki karekter lebih sporty berbanding model Quattroporte yang bersaiz lebih besar dan telah dilancarkan pada awal tahun ini. Ghibli akan ditawarkan dengan dua varian enjin V6 turbocharged yang dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan.Jentera ini bakal menggunakan sistem pacuan roda belakang atau sistem pacuan semua roda Q4 yang baru.

71116mas-03 Ghibli

Model ini juga menjadi kereta produksi Maserati yang pertama dalam sejarah dipasang dengan enjin turbo diesel V6 bersesaran 3.0 liter.

Ghibli merupakan saloon pertama Maserati dalam segmen ini. Ia sekali gus membuktikan keyakinan Maserati bahawa jumlah pembeli yang mahukan sebuah kereta yang tersendiri, elegan dan mewah kian bertambah.

Model eksekutif premium ini bakal memainkan peranan yang signifikan terhadap pelan pertumbuhan Maserati yang merancang untuk menjual 50,000 unit kenderaannya setiap tahun. – Newspress

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button