Motosikal

CFMOTO 800MT EXPLORE TIBA DI MALAYSIA – RM57,800

CFMoto Malaysia memperkenalkan varian terbaru bagi motosikal ‘adventure’ 800MT untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM57,800. 

CFMoto 800MT Explore Edition merupakan versi yang telah dipertingkat bagi pasaran negara dan hadir dalam dua warna pilihan, Gem Black dan Starry White. Untuk makluman, 800MT Explore ini telah pun debut di Eropah sekitar Februari 2023.

800MT Explore didatangkan dengan paparan 8-inci MMI yang turut menawarkan sistem navigasi selain boleh dihubungkan ke telefon pintar bagi mengakses muzik dan notifikasi. 

Bagaimanapun, perincian yang menjadikan 800MT Explore ini unik adalah kehadiran teknologi radar yang menawarkan fungsi ‘blind spot detection’.  Untuk rekod, 800MT Explore merupakan motosikal pertama dari CFMoto yang dilengkapi teknologi berkenaan. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • traction control 
  • Enduro dan Pro Riding Mode
  • ABS dwi-saluran
  • tayar Michelin 110/80-19 depan
  • tayar Michelin 150/70-17 belakang
  • tangki 19L
  • brek J.Juan

Atas kertas, CFMoto 800MT Explore dikuasakan enjin parallel-twin 799cc DOHC yang berupaya menjana 90hp pada 9,250rpm dan 75Nm pada 8,000rpm. Untuk rekod, ini adalah enjin sama yang diguna pakai KTM pada jentera 790 Duke/Adventure. 

Sementara itu, 800MT Explore turut disertakan dengan satu ‘top box’ berkapasiti 36L dan ‘panniers’ di bahagian kiri dan kanan masing-masing berkapasiti 35 dan 28L. 

Google ads
Back to top button