BuletinMotosikal

TEASER #2 MODENAS SPORTBIKE 200CC AKAN DILANCARKAN 19 MEI INI

Modenas mendedahkan teaser kedua #2 bagi model yang dijangka dilancarkan pada 19 Mei ini. Semalam, mereka mendedahkan model pertama menerusi gambaran awal yang kami jangka sebuah model naked yang dikenali sebagai Bajaj NS200.

BACA: TEASER #1 MODENAS PAPAR IMEJ AWAL NS200 STREET BIKE

BACA: MODENAS BAKAL LANCAR 3 MODEL MEI INI

Seperti yang dapat dilihat di sini, ini ialah model RS200, versi fairing penuh daripada model yang sama disiarkan modenas semalam. Mengikut pertaruhan pasaran, ia adalah model yang hampir tiada persaingan terus dari mana-mana pengeluar motosikal tempatan pada hari ini.

Begitupun terdapat beberapa model yang mungkin menjadi sasaran paling hampir RS200 seperti Yamaha R25, Honda CBR250R, Kawasaki Ninja 250SL atau mungkin Benelli 302R.

BACA: TAHUKAH ADA ASAL USUL CAFE RACER?

BACA: SIAPAKAH BAJAJ AUTO?

Google ads
Back to top button