
LOTUS MALAYSIA UMUM HARGA BAHARU ELETRE DAN EMIRA. NAIK RM50K HINGGA RM83.2K
Lotus Cars Malaysia, hari ini mengumumkan harga terbaharu untuk rangkaian model elektrik Eletre Hyper-SUV dan kereta sports premium Emira yang berkuatkuasa serta-merta.
Perubahan harga itu berikutan perkembangan pertukaran Ringgit berbanding matawang asing utama dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Berbeza dengan harga anggaran asal yang diumumkan pada majlis pelancaran di Malaysia April lalu, harga cadangan untuk varian pertengahan Eletre S kini ialah RM698,000 (naik daripada RM648,000). Manakala varian tertinggi Eletre R kini berharga RM838,000 (naik daripada RM798,000).

Harga Eletre yang disenaraikan berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia dan Langkawi. Harga baharu untuk varian asas Eletre akan diumumkan kelak memandangkan ia tidak ditawarkan sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2025.
Bagi rangkaian model Emira pula, harga asal untuk Emira i4 First Edition empat silinder yang baru diperkenalkan ialah RM1,095,000 (Semenanjung Malaysia) dan RM509,000 (Langkawi) bermula 1 September bagi semua tempahan baharu. Unit terhad masih ada pada harga pengenalan RM998,800 berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

Sementara Emira V6 First Edition kini pula berharga RM1,289,000 di Semenanjung Malaysia (naik daripada RM1,205,800) dan RM529,000 di Langkawi (naik daripada RM478,800).
Emira V6 First Edition versi automatik kini ditawarkan pada harga RM1,309,000 di Semenanjung Malaysia (naik daripada RM1,225,800) dan RM539,000 di Langkawi (naik daripada RM493,800).
Harga yang disenaraikan untuk Emira adalah harga di atas jalan tidak termasuk insurans, dengan cukai untuk Semenanjung Malaysia dan bagi pulau bebas cukai Langkawi.

- BACA: LOTUS EMIRA FIRST EDITION 2022 KINI DI MALAYSIA. BERMULA RM1.13 JUTA!
- BACA: LOTUS LANCAR HYPER-SUV EV ELETRE DI MALAYSIA. 3 VARIAN, 603/905HP, 600KM SEKALI CAJ, BERMULA RM578K
- BACA: LOTUS CUMA JUAL 576 KERETA TAHUN LEPAS – 200 PEKERJA MUNGKIN TERPAKSA DIBERHENTIKAN
- BACA: TEMPAHAN LOTUS EMIRA i4 KINI DIBUKA, HARGA BERMULA RM998K