Motosikal

VIGO-SUPERBIKE ELEKTRIK DARI UK, 120HP, TOP SPEED 290KM/J

Percaya atau tidak, lama kelamaan, kenderaan dengan bahanapi fosil hanya akan tinggal sejarah. Hampir setiap pengeluar kereta hari ini sedang membangunkan kenderaan berteknologi elektrik. Malah pada hari ini pun kebanjiran teknologi separa elektrik seperti hybrid dan plug-In sudah jadi satu fenomena biasa.

Industri motosikal juga tidak ketinggalan. Atas desakan polisi alam sekitar dan pencemaran yang semakin ketat, pengeluar mula mengalih perhatian mereka kepada penggerak motor elektrik. Terbaru, sebuah firma dari Britain mengumukan akan menghasilkan superbike pertama mereka yang berkuasa elektrik sepenuhnya.

BACA: ARMOTIA-SUPERMOTO ELEKTRIK 2WD

Dikenali dengan nama VIGO (bukan Hilux Vigo tau), motosikal ini dikatakan mampu mencatat jarak perjalanan sehingga 640KM sekali cas. Ia bukanlah skuter penghantar KFC yang lemau yang biasa anda lihat, superbike ini mampu memecut sehingga 290km/j dengan purata kuasa 120hp.

Pengeluarnya menjangkakan pembangunan keseluruhan motosikal ini akan lengkap sepenuhnya dalam masa sembilan bulan dari sekarang. Mereka juga telah memberi tanda harga jualan iaitu bermula dari RM34,000 (5,999 pound), sangat menarik kerana ia berada pada harga lebih murah dari superbike biasa.

VIGO dipasangkan dengan bateri 21kWh yang mengambil masa 7 hingga 12 jam bagi sekali cas dari soket rumah. Di stesen pengecas pantas pula (fast charge station), ia hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit. Menarik!

BACA: JOHAMMER MOTOSIKAL ELEKTRIK MASA DEPAN

Walaupun masih dalam peringkat pembangunan, kami rasa, ia adalah idea yang bagus untuk masa depan. Tapi kami tak dapat nak bayangkan superbike yang tak ada bunyi ekzos langsung.

Apakah masa depan Akrapovic? SC Project? Yoshimura?

Mungkin pengeluar ekzos akan datang akan buat kit bunyi. Letak dalam tangki minyak dan keluarkan bunyi mengikut Db tertentu. Mungkin ada koloborasi Akra-Alpine atau Yoshimura-Harman-Kardon.

Agaknya lah…

 

 

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button