MAHUKAN LEBIH PRIVASI? ROLLS-ROYCE ADA PENYELESAIAN UNTUK ANDA
Sebagai pengeluar kenderaan ultra mewah, Rolls-Royce Motor Cars memang memahami keperluan pelanggan mereka.
Pada acara Chengdu Motor Show 2018, Rolls-Royce mengetengahkan ‘Privacy Suite’ untuk model Extended Wheelbase Phantom baharu. Inovasi itu dikatakan mampu memberikan tahap kemewahan dan privasi yang tiada tandingannya.
Privacy Suite menggunakan kaca Elektrokromatik yang membolehkan ruang kabin hadapan dan belakang diipisahkan dengan hanya menekan satu butang.
Penumpang belakang diberi pilihan untuk melihat pemandangan luar atau menukar kaca tersebut menjadi opaque. Sekali gus memberikan privasi kepada mereka. Ruang itu juga menyediakan tahap penyerapan bunyi yang mengagumkan untuk sebuah kenderaan.
Komunikasi di antara penumpang dan pemandu boleh dibuat menerusi sistem interkom bersepadu.
Bukan itu sahaja, satu apertur luas yang hanya boleh dikawal oleh penumpang membolehkan dokumen atau objek lain digerakkan di antara kabin hadapan dan belakang. Apabila dibuka, ‘pintu’ tersebut akan dinyalakan sebelum penumpang mahu menerimanya.
Sistem hiburan teater yang terdiri daripada dua unit monitor bersaiz 12 inci, port HDMI dan sistem ketersambungan tercanggih itu dikawal menerusi konsol tengah.
Mewah sangat dah ni..
GALERI