Buletin

HONDA CR-V BARU DIJUAL DI JEPUN DAN ADA 7 KERUSI!

Honda mempunyai tiga model global iaitu Civic, Accord dan CR-V. Pergilah ke mana-mana negara di dunia anda berkemungkinan berselisih dengan salah satu model ini.

Cuma satu perkara tentang ketiga-tiga model ini walaupun berasal dari Jepun belum tentu ia dipasarkan terlebih dahulu di sana. Salah satu sebab ialah selera pasaran di sana sudah berubah. Model yang laku di tempat lain belum tentu mendapat sambutan sama di Jepun.

Di antara model global Honda yang lambat memasuki pasaran Jepun ialah CR-V. Setelah berbulan-bulan dipasarkan di Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia, CR-V baru ditawarkan di Jepun pada 31 Ogos lepas.

Walaupun lambat, Honda memasarkan satu varian istimewa yang tiada di negara lain kecuali China iaitu CR-V 2.0 Hybrid. Satu lagi varian ialah 1.5 VTEC Turbo dan tiada varian 2.0 i-VTEC seperti di negara kita.

Honda CR-V mula diperkenalkan pada tahun 1995 dan sejak itu menjadi SUV kegemaran ramai di merata negara. Berbeza dengan model-model sebelumnya, CR-V generasi kelima lebih kepada SUV sporti berbanding utilatiaran yang dipegang sejak sekian lama.

Imej sporti tersebut digabungkan dengan ciri tradisi CR-V iaitu ruang dalaman yang luas, fungsi mesra pengguna dan praktikal.

Berikut ialah ciri-ciri CR-V JDM termasuk yang tiada di negara kita:

  • Terdapat empat jenis varian iaitu EX dan EX Masterpiece (1.5 VTEC Turbo) dan Hybrid EX dan Hybrid EX Masterpiece (2.0 Hybrid)
  • Kesemua varian ini ditawarkan dengan dua jenis pacuan iaitu 2WD dan 4WD
  • Varian 2.0 didatangkan dengan Sport Hybrid i-MMD. Varian ini mempunyai tiga mod pemanduan iaitu EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive
  • Varian 1.5 VTEC Turbo dipadankan bersama transmisi CVT tujuh kelajuan, varian Hybrid pula dengan transmisi Electric CVT + Deceleration Selector
  • Satu ciri unik pada CR-V JDM ialah sistem Active Shutter Grille yang mengawal pembukaan gril untuk lebih penjimatan minyak
  • Berbanding negara kita, pembeli CR-V JDM ditawarkan dengan pilihan lima atau tujuh tempat duduk
  • Selari dengan pasaran global lain, CR-V turut dilengkapi dengan teknologi Honda SENSING®
  • Lebih istimewa apabila Honda SENSING® adalah ciri standard untuk kesemua varian CR-V JDM
  • Satu lagi ciri unik ialah fungsi Hands-Free Access Power Tailgate di mana pintu kargo belakang boleh dibuka dan ditutup secara automatik melalui suaan kaki di bawah bampar belakang
  • Turut istimewa ialah bumbung panoramik
  • Terdapat enam pilihan warna iaitu Premium White Pearl, Luna Silver Metallic, Crystal Black Pearl, Ruse Black Metallic, Midnight Blue Beam Metallic dan Premium Crystal Red Metallic
  • Sasaran jualan bulanan di Jepun ialah sebanyak 1,200 unit

Harga Honda CR-V JDM bermula dari JPY 3,230,280 (RM 119,608) bagi varian asas hingga JPY 4,361,040 (RM 161,477) untuk varian paling premium. Harga ini belum termasuk insurans serta cas lain dan kiranya bukan OTR lagi.

Jadi tidak berapa adil untuk dibandingkan dengan Honda CR-V MDM (Malaysia Domestic Model).

Apa yang penting ialah apabila CR-V dipasarkan di Jepun bermakna pemilik SUV ini di negara kita pada kemudian hari boleh menarik nafas lega memandangkan bekalan alat ganti half cut bakal tersedia.

BACA: HONDA CR-V INI DIBINA UNTUK PERLUMBAAN, SATU DALAM DUNIA!

BACA: HONDA CIVIC FACELIFT DIPERKENAL DI AMERIKA SYARIKAT

 

Google ads
Back to top button