Buletin

SEDAN LYNK & CO 03 DIPERKENALKAN – 3 PILIHAN ENJIN, MASUK PASARAN CHINA AKHIR TAHUN INI 

Jenama hipster di bawah Geely, Lynk & Co baru-baru ini memperkenalkan model sedan pertamanya, 03 pada acara Chengdu Motor Show 2018.

Ini merupakan model ketiga Lynk & Co selepas SUV 01 dan 02. Memandangkan pasaran terhadap sedan di China masih bagus, maka tidak hairanlah kenapa Lynk & Co menghasilkan 03 ini.

Sekali pandang, kita boleh tahu bahawa 03 mengambil inspirasi rekaan 01 dan 02. Ia dapat dilihat dengan jelas pada bahagian hadapan menerusi lampu utama yang terletak pada posisi sikit atas bersama lampu nyalaan siang (DRL) berasingan.

Secara keseluruhannya, 03 masih nampak dinamik dan menarik dengan lampu belakang LED berbentuk L, ekzos berkembar dan spoiler nipis di atas but.

Dibina di atas platform CMA yang sama seperti Volvo XC40, 03 digerakkan oleh enjin tiga selinder turbo bersesaran 1.5 liter berkuasa 148hp. Manakala enjin empat selinder pula berkuasa 187hp.

BACA: LYNK & CO AKAN LANCAR KERETA IKUT MUSIM, BUKAN TAHUN – HIPSTER BETUL!

Lynk & Co turut menawarkan versi plug-in hybrid yang menggunakan enjin 1.5 liter dan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Penghantaran pertama 03 di pasaran China dijangka bermula pada akhir tahun ini. Sementara SUV 01 dan 02 dijadual dilancarkan ke pasaran Eropah pada tahun depan.

GALERI

Google ads
Back to top button