Buletin

MAKLUM BALAS PRODUK BOON SIEW – PELANGGAN BERTUAH BAWA PULANG SEBUAH EX-5

Boon Siew Honda (BSH) antara pengeluar yang gigih mendekatkan diri mereka dengan pengguna. Mereka lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan respon terus dari pelanggan. Terbaru, BSH melakukan kaji selidik terhadap pembeli produk mereka.

Bagi membolehkan kaji selidik ini lebih berkesan, BSH telah memulakan kempen cabutan bertuah sejak 2013 di mana setiap pembeli model Honda akan berpeluang mendapat hadiah. Mereka cuma perlu mengisi borang kaji selidik dan menghantarnya kepada BSH untuk dinilai.

BACA: BOON SIEW PERKENAL MSX 125

BACA: HONDA SIRI CB500 2016

Khamis lalu, BSH mengumumkan 46 orang pemenang bertuah di Honda cawangan Kuala Lumpur.

“Maklum balas ini sangat penting kepada Honda. Hari ini, pelanggan adalah “raja”, kita perlu membuat apa yang mereka mahu. Kami benar-benar hargai maklum balas ini. Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang memenangi sebuah motosikal selepas menghantar borang kaji selidik tersebut,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH, Nobuhide Nagata.

Hadiah utama, sebuah Honda EX-5 Fi dimenangi oleh pembeli dari Melaka. Hadiah lain termasuklah 10 unit baju hujan, 15 buah helmet dan 20 baucar makanan. Semua 46 pemenang itu akan dihubungi oleh pengedar Honda seluruh negara.

Google ads
Back to top button