
TAHUKAH ANDA LAMBORGHINI DIABLO SEBENARNYA PAKAI LAMPU NISSAN FAIRLADY?
Kami sendiri pun baru tahu Lamborghini Diablo, sebuah supecar paling “lejen” dari Itali sebenarnya menggunakan lampu hadapan dari Nissan Fairlady 300ZX. Sekurang-kurangnya itu yang dibuktikan oleh Rob Dahm, salah seorang pemilik Diablo yang terkenal di laman youtube.
Bagi membuktikan teori tersebut benar, Dahm telah membuat ujian ringkas dengan memgambil satu unit lampu 300ZX dan memuatkannya ke dalam fender Diablo, dan ia muat dengan baik. Beliau juga menunjukkan logo Nissan yang “disembunyikan” dibawah eyelid gentian karbon yang dipasangkan pada model Diablo.
Tapi kenapa sebuah gergasi Itali menggunakan peralatan dari sebuah kereta Jepun murah? Kami percaya. Ia adalah berkaitan dengan undang-undang lampu pop-up yang diharamkan penggunaannya pada penghujung 90-an.
BACA: NOSTALGIA KERETA DENGAN LAMPU POP-UP 90-AN
Regulasi digubal dan pertikaian tentang lampu pop-up yang dikatakan menyebabkan perlanggaran pejalan kaki jadi lebih bahaya. Era tersebut menyaksikan semua kereta yang dibina perlu menggunakan lampu jenis ‘fixed’ tidak boleh terbuka (pop-up) bila dinyalakan.
Diablo dibina dari tahun 1990 hingga 2001. Bagi model 1990 hingga 1998 dan ia menggunakan lampu jenis pop-up sehingga 1998 dan lampu Nissan 300X hanya digunakan pada model hujung pengeluaran 1999 hingga 2001.
Dari segi pengeluaran, adalah tidak ekonomikal untuk membangunkan lampu sendiri dan menghantarnya untuk penilaian kelulusan. Jadi, mengambil lampu dari pengeluar yang sudah ada homolagasi adalah lebih mudah dan jauh lebih murah.
Lamborghini berjaya membuat penjimatan yang besar, berjuta dolar hanya kerana ingin meneruskan produksi Diablo untuk tiga tahun berikutnya. Kesimpulannya, ia adalah perkiraan tentang perniagaan,
Jadi apa maknanya? Adakah kita boleh beli Diablo?
Murah je lampu depan dia kan?
BACA: PEMILIK LAMBO MENGAMUK, KALAH DENGAN R32 GTR
SILA TONTON VIDEO INI