
WANITA MALAYSIA GUNA LESEN TERBANG DI AUSTRALIA DITAHAN POLIS PERONDA LEBUH RAYA
Isu lesen memandu palsu atau lebih dikenali sebagai lesen terbang bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Walaupun sudah tahun 2022, isu itu nampaknya masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa negara ini.Â
Pengguna atau pembeli lesen terbang cenderung untuk mendapatkan lesen itu kerana mereka tidak perlu menjalani ujian atau kelas memandu. Bayar sahaja, lesen terus ada di tangan. Malangnya, sikap mementingkan diri sendiri itu pasti boleh mengundang bahaya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.
Terbaharu, tular seorang wanita rakyat Malaysia yang ditahan oleh polis peronda lebuh raya Murrumbidgee Avenue Griffith, New South Wales, Australia kerana memandu sebuah Honda Accord berwarna hitam pada kelajuan 113km/j di zon 100km/j . Insiden itu berlaku pada 22 Disember 2021 jam 2.00 petang dan dia diarahkan berhenti.Â

Apabila diminta untuk menunjukkan lesen memandu, wanita berusia 26 tahun yang memandu bersendirian itu menyerahkan lesen memandu seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Namun, pemeriksaan yang dibuat oleh polis mendapati lesen berkenaan tidak menyatakan kelas lesen. Malah nombor yang tertera padanya juga tidak konsisten. Pemeriksaan lanjut mendapati wanita tersebut turut memegang lesen belajar memandu di New South Wales.
Apabila disoal siasat, wanita itu mengakui bahawa dia meminta seseorang untuk mendapatkan dokumen palsu tersebut. Justeru, polis telah mengeluarkan tiga notis kesalahan iaitu:
- Tidak ditemani oleh pemandu berlesen, pegawai polis atau penguji
- Tidak mempamerkan plat L seperti yang diwajibkan
- Pemenang lesen L yang memandu melebihi had kelajuan dibenarkan
Wanita itu sebenarnya telah menetap di New South Wales sejak enam tahun lalu menggunakan visa. Siasatan lanjut yang dilakukan oleh Interpol mengesahkan bahawa lesen itu adalah palsu. Akhirnya, dia telah didapati bersalah di Mahkamah Tempatan Griffith pada 13 April lalu atas kesalahan memiliki dokumen palsu. – FB NSW Police Force
- BACA: DAKWAAN LESEN GERENTI LULUS, JPJ DAN SPRM BUAT SIASATAN SEGERA
- BACA: PEGAWAI TAK TERLIBAT DENGAN SINDIKET LESEN TERBANG – KP JPJ
- BACA: WARGA EMAS KANTOI PANDU KENDERAAN TANPA LESEN SELAMA 70 TAHUN
- BACA: GOPINJAM DAH MACAM AHLONG BERLESEN. KADAR FAEDAH TIDAK MASUK AKAL, BOLEH JERAT LEHER RAKYAT!