Buletin

DI UK, RV KERETA ELEKTRIK LEBIH BAIK BERBANDING MODEL DIESEL & PETROL

Kajian yang dilakukan oleh platform jual beli kenderaan berpengaruh di United Kingdom, What Car? mendedahkan bahawa kereta elektrik (EV) mempunyai nilai jualan semula yang lebih baik berbanding model diesel atau petrol. 

What Car? menjalankan kajian nilai pasaran itu ke atas lebih 7,000 buah kenderaan berusia lebih tiga tahun dengan perbatuan sejauh 48,000km. Ia melibatkan pelbagai jenama, model dan varian berbeza. 

Secara puratanya, EV dikatakan mampu mengekalkan 47% nilai selepas tempoh dan jarak tersebut. Sementara kereta petrol mempunyai nilai 43% dan diesel hanya 40%.

Bersama pakar penilaian cap hpi, penilaian What Car? itu dilihat relevan kerana tahun 2019 dijangka menjadi tahun untuk EV dengan lebih 20 model baharu bakal dilancarkan. 

Biarpun begitu pengguna didakwa mengalami jurang pengetahuan berkaitan EV, manfaat dan susut nilainya.  EV dan kenderaan hibrid dilihat mempunyai daya ketahanan merangkumi banyak segmen.

Audi E-tron

Audi E-tron, Porsche Cayenne E-Hybrid dan Toyota RAV4 baharu misalnya mampu mengekalkan 63 peratus nilai mereka selepas tiga tahun. 

Malang buat pemilik Renault Zoe varian R110 i Dynamique Nav kerana ia menjadi kenderaan dengan susut nilai paling teruk di UK (cuma 26.6%). Tetapi, sama seperti EV yang lain, Zoe layak menerima geran kerajaan sebanyak £3,500 (RM18,650), sekali gus dapat mengurangkan kerugian itu. 

Secara keseluruhan, jenama premium nampaknya menawarkan nilai terbaik terhadap wang dengan Land Rover meneajui senarainya.

Range Rover Evoque P250 R-Dynamic ialah kereta baru yang paling sikit susut nilai dengan mengekalkan 70% nilai selepas tiga tahun. 

Mazda CX30

Model-model lebih mampu milik yang turut tersenarai dalam carta ialah dua kereta hibrid Toyota iaitu Prius dan RAV4. 

“Ketika kereta elektrik dan hibrid mula diperkenalkan dahulu, ia memamg mengalami susut nilai yang teruk.

“Tetapi dengan teknologi yang semakin diterima ramai, pembeli mula melihat nilai jualan semula kenderaan ini bertambah baik. Ini pasti akan menjadi pemacu kepada jualan EV dan hibrid pada masa depan,” kata Editor What Car?, Steve Huntingford. 

Tags
Google ads
Back to top button