
Buletin
MALAYSIA AUTOSHOW 2025: JETOUR EVT5 DIPERKENALKAN – 164HP, ANGGARAN JARAK GERAK 410KM
Selain Jetour T2 yang mencuri perhatian, turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 ialah Jetour eVT5.
Jetour eVT5 merupakan sebuah SUV elektrik sepenuhnya yang menampilkan rekaan hampir seiras dengan Chery Tiggo Cross.
Model ini menggunakan motor elektrik pacuan hadapan yang menghasilkan 164hp dan tork 280Nm, digandingkan dengan bateri lithium-ion berkapasiti 53.6kWh.

Walaupun perincian teknikal lanjut masih belum diumumkan, jarak pemanduan yang dianggarkan mampu mencecah sehingga 410km bagi sekali cas penuh.
Dari segi kelengkapan, eVT5 hadir dengan ciri moden seperti berikut:
- Lampu utama dan belakang LED sepenuhnya
- Rim dua tona bersaiz 17-inci
- Bumbung suria bersaiz standard
- Tempat duduk berbalut kulit yang boleh dilaras secara elektronik
- Skrin paparan 10.25-inci
- Panel pengecas tanpa wayar
- Corong penyaman udara untuk penumpang belakang
- Kamera panoramik 360 darjah
Buat masa ini, Jetour masih belum mendedahkan sebarang maklumat rasmi mengenai harga atau tarikh pelancaran untuk pasaran tempatan.
GALERI:




