Buletin

GLICKENHAUS 004 LEPASI UJIAN KEMALANGAN TANPA BEG UDARA

Pada awal bulan ini, Glickenhaus mendedahkan bahawa model Glickenhaus 004 berjaya melepasi ujian kemalangan tanpa beg udara ketika dirempuh pada kelajuan 51km/j.

Faktor utama yang membantu mencapai kejayaan itu ialah kerana adanya tab gentian karbon yang ringan serta kuat. Ia merupakan perkara biasa dalam sukan permotoran.

Ujian tersebut dilakukan dalam dua versi 004 iaitu 004S dan kereta trek 004CS. Manakala 004C, kereta lumba khusus untuk perlumbaan GT3, ialah versi pertama dibangunkan sebelum mula berada di landasan pada 2020.

Sebenarnya ujian kemalangan ini telah dilakukan setahun lalu. Ujian pertama bertujuan melihat kesan bahagian sisi depan pemandu apabila kereta dilanggar.

004S dikuasakan oleh enjin supercharged 6.2 liter V-8 yang diperoleh daripada General Motors. Ia memberikan kuasa maksimum 650Hp dan dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan lengkap dengan gated-shifter.

004CS dikuasakan oleh enjin LT5 supercharged 6.2 liter V-8 GM serta mampu menghambur kuasa sehingga 750hp. Ia juga mendapat transmisi 7-kelajuan dengan paddle shifter. 004C pula mendapat enjin perlumbaan V-8 aspirasi biasa yang berkuasa 520hp.

Harga 004S bermula pada AS$483,000 (RM2.1 juta), sementara 004CS bermula pada harga AS$627,000 (RM2.7 juta). Penambahan gentian karbon pada bodykit pula bernilai AS$70,000 (RM309,225) untuk kedua-dua versi.

Pengeluaran 004 sedang dilakukan di kilang Glickenhaus di Danbury, Connecticut dan sekurang-kurangnya sebuah 004S telah dihantar kepada pelanggan di U.K.

Glickenhaus masih belum menyatakan tempoh penghantaran di Amerika Syarikat akan bermula.

Google ads
Back to top button