Buletin

MODEL TAMIYA GR YARIS R/C – MUNGKINKAH INI HADIAH TERBAIK UNTUK MUSIM CUTI HUJUNG TAHUN NANTI?

Ini ada sebuah khabar menarik dan baik buat peminat dan pengumpul kereta alat jauh (RC) khususnya Tamiya. Direka dengan kerjasama R/C Jepun yang cukup ikonik dan juga kit model Tamiya, mereka telah menghasilkan model R/C Tamiya GR Yaris dengan hanya sejumlah 25 unit sahaja untuk menjadi rebutan di kalangan pengumpul di seluruh dunia.

Model R/C ini yang direka ini mengikut jejak langkah para pengumpul untuk model Toyota GR Yaris bersaiz sebenar yang memberikan penghormatan kepada ikonik Tamiya sendiri, Sand Scorcher.

Untuk meraikan perkongsian itu, tempat lelongan dalam talian juga telah melancarkan video legenda untuk mempamerkan kebolehan kedua-dua kereta, bersama pemandu lumba profesional, Jake Hill.

Terhad kepada hanya 25 model di seluruh dunia, Collecting Cars X Tamiya GR Yaris dibina di atas casis M-05 Tamiya yang telah terbukti dan mempunyai rangka resin semi-monocoque yang ringan, pusat graviti rendah untuk pengendalian optimum, dan suspensi double wishbone pada keempat-empat roda.  

Lengkap dengan peredam geseran depan dan belakang, model edisi terhad direka untuk pemasangan yang mudah dan keseronokan yang bukan kepalang. Ianya sesuai untuk peminat semua peringkat umur. Sama ada untuk berlumba di sekitar ruang tamu atau untuk menjadi pengumpul sendiri simpan di dalam bekas almari ianya pasti menjadi kegemaran untuk semua.

Model R/C baharu ini membawa penghormatan ke dalam bentuk miniatur, meraikan kedua-dua sejarah Tamiya dan penghormatan moden. Sand Scorcher, yang terkenal dengan reka bentuk kalis air yang bercirikan dan komponen logam yang teguh, menjadi klasik dengan pantas selepas pelancarannya pada tahun 1979, dan telah diperkenalkan semula pada tahun 2010 sebagai model ulang tahun ke-30. Hari ini, versi Toyota GR Yaris R/C merakamkan semangat Sand Scorcher asal dan penghormatan terhadap model bersaiz penuh.

Setiap satu daripada 25 model Collecting Cars X Tamiya GR Yaris eksklusif didatangkan dengan pek pelekat Collecting Cars ‘Sand Scorcher’ yang ditempah, menambah sentuhan keaslian tambahan pada keluaran khas ini.

Pada harga £325 (RM 1,841) ianya sudah boleh ditempah siapa cepat dia dapat melalui pautan shop.collectingcars.com.

Masalahnya, bolehkah dapat ni?

BACA : LIHAT BAGAIMANA KERETA KAWALAN JAUH HILUX MENARIK TOYOTA HILUX SEBENAR

BACA : TOYOTA GR YARIS TGR ITALY LIMITED EDITION, 51 BUAH SAHAJA!

Google ads

B K

Back to top button