Artikel Pilihan

MANA LAGI BAIK DI ATAS SALJI, RWD ATAU FWD?

Walaupun persoalan ini tidak releven dengan cuaca dan suasana iklim di negara kita, tapi ia sebenarnya satu soalan yang menarik untuk dijawab. Kereta pacuan roda depan atau pacuan roda belakang yang lebih baik untuk dipandu atas jalan yang bersalji?

Bagi menjawab soalan tersebut, saluran Youtube Tyre Review telah melakukan satu ujian secara teknikal bagi membandingkan 2 buah sedan yang berlainan jenama dan menggunakan pacuan roda belakang iaitu BMW 3 dan Audi A4 yang menggunakan pacuan roda depan.

Kedua dua kereta menggunakan enjin turbodiesel dengan kapasiti yang hampir sama yang menjana sekitar 187 kuasa kuda dan 400Nm tork. Kedua dua sedan juga dipasang dengan tayar yang sama iaitu Goodyear UltraGrip Performance 3 Winter dengan saiz yang hampir sepadan

Namun perbezaan yang ketara ialah Audi A4 dengan enjin turbodiesel adalah berat di bahagian roda depan terutama jika menggunakan enjin turbodiesel. Kelebihan BMW 3 ialah pacuan roda belakang membolehkan jurutera mengagihkan berat kenderaan dengan ratio menghampiri 50:50 di gandar depan dan belakang

Walaupun dengan kelebihan ini dan pacuan roda belakang, Audi A4 dan BMW 3 memiliki prestasi yang hampir sama apabila pecutan di jalan lurus dibuat dengan sistem ESC diaktifkan. BMW 3 hanya memiliki sedikit kelebihan berbanding Audi A4 apabila sistem ESC dimatikan dengan weight transfer berlaku pada roda belakang membolehkan BMW 3 mendapat cengkaman tambahan

Apabila ujian pecutan dibuat dengan pendakian sebanyak 15%, kedua dua sedan menunjukkan prestasi yang hampir sama kecuali BMW 3 menunjukkan sedikit kelebihan berbanding dengan Audi A4. Malah ujian di atas skid pad yang bersalji juga menunjukkan pretasi yang hampir sama bagi kedua dua sedan.

Namun ujian pemanduan di atas permukaan jalan yang berselekoh menunjukkan BMW 3 yang menggunakan pacuan roda belakang menunjukkan BMW 3 adalah jauh lebih pantas apabila ESC dimatikan. Apabila ESC diaktifkan, Audi A4 pula menunjukkan kelebihan catatan masa yang pantas berbanding dengan BMW 3.

Ini membuktikan bahawa BMW 3 dengan pacuan roda belakang memiliki sedikit kelebihan di atas jalan bersalji berbanding dengan Audi A4. Tapi ujian ini membuktikan bahawa di atas permukaan jalan bersalji, penggunaan tayar yang sesuai adalah jauh lebih penting

Google ads
Back to top button