BuletinMotosikal

MARQUEZ MENANG TANPA SAINGAN SELEPAS TRIO DOVIZOSO, LORENZO DAN PEDROSA BERTEMBUNG.

Perlumbaan MotoGP di litar Jerez, Sepanyol semalam adalah antara yang dramatik boleh dilihat bilamana berlaku kemalangan klasik antara pelumba kelompok hadapan. Bukan itu sahaja, empat lagi pelumba terkeluar kerana kemalangan menjadikan keseluruhan tujuh pelumba tidak menamatkan saingan.

Apa yang boleh dikatakan, Marc Marquez sebenarnya memang pelumba yang tak dapat dihentikan. Ia sukar dikejar oleh sesiapa pun, walapun pada ketika kelihatan Ducati hampir pasti dapat meninggalkannya di laluan lurus. 

Marquez meninggalkan pelumba tempat kedua, Zarco dengan jurang lebih 5 saat. Pernah satu ketika beliau mendahului kelompok belakang dengan perbezaan TUJUH SAAT.

Hebat.

Perlumbaan semalam bermula dengan baik bilamana pecahan kelompok hadapan jelas meletakkan posisi Ducati-Honda berada di landasan betul. 

Marquez berjaya memintas untuk mengiringi perlumbaan pada pusingan ke 9. Sehingga ke pusingan ke 18 dan hanya tujuh pusingan lagi, kecelakaan berlaku di selekoh 6 di mana kemalangan tiga serangkai Andrea Dovizioso, Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa berlaku.

Ia menjadikan posisi Marquez lebih mudah dengan jurang perlumbaan yang besar antara kelompok seterusnya. 

Ia membuka peluang kepada Johann Zarco, Iannone, Petrucci Miller dan Rossi untuk untuk merebut podium kedua dan ketiga.

Zarco yang menyedari hanya ada Marquez di depan terus memecut meninggalkan Iannone, Petrucci Miller dan Rossi. 

Iannone berjaya menghabskan perlumbaan di tempat ketiga di belakang Zarco. sementara Petrucci keempat, Rossi kelima dan Miller keenam.

Rossi akui, ia minggu yang sukar dan perlumbaan yang sangat mencabar.

Rakan sepasukannya, Vinales menamatkan perlumbaan di tempat ke tujuh.

Sementara pelumba negara Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan di tempat ke 16. (beliau bermula di petak 22)

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button