Buletin

BONUS RAYA MITSUBISHI – TERIMA GANJARAN SEHINGGA RM12,000!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini menawarkan bonus raya istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Bermula sekarang hingga 30 Jun 2018, pelanggan yang menempah dan mendaftarkan Outlander 2.0L akan menerima dua aksesori iaitu monitr keliling dan tempat duduk dibalut kulit premium.

Bukan itu sahaja, Outlander 2.0L dan Outlander 2.4L juga didatangkan dengan bonus Raya sebanyak RM4,000. Outlander 2.0L boleh anda miliki pada harga RM139,988.00 dan Outlander 2.4L berharga RM154,988.  

Pelanggan yang menempah dan mendaftar Mitsubishi Triton pula akan menikmati bonus Raya sehingga RM12,0000! Bonus Raya untuk semua varian Triton adalah seperti berikut:

Pelanggan yang membeli SUV kompak ASX 2WD atau 4WD akan menerima bonus Raya sehingga RM8,000. ASX 4WD ditawarkan pada harga RM134,300 manakala ASX 2WD pula berharga RM119,100.

Semua model Mitsubishi Outlander dan ASX hadir bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Google ads
Back to top button