Artikel PilihanMotosikal

YAMAHA Y15ZR EDISI MOTOGP RASMI DILANCARKAN DI VIETNAM

Nampaknya kali ini Malaysia ketinggalan dengan Vietnam dalam edisi MotoGP bagi model Yamaha Y15ZR. Yamaha Motor Vietnam hari ini secara rasmi telah telah melancarkan edisi MotoGP 2019.

Sama seperti konsep sebelum ini, edisi ini datang dengan cover set dengan livery MotoGP M1 pasukan Yamaha Monster 2019 seperti yang ditunggang oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Livery ini yang pernah dibayangkan oleh laman web indonesia, motoblast nampaknya hampir mirip. Ye lah, bukan susah sangat pun kalau dah ada livery yang asal ye tak?

BACA: ADAKAH INI YAMAHA Y15ZR MONSTER 2019?

Konsep Yamaha Exciter Vietnam ini agak mudah kerana ia menggunakan latar warna hitam sebagai asas. Reka grafik Jentera MOnster M1 MotoGP juga tidak sukar untuk diaplikasikan pada mana-mana motor kerana warna asasnya ialah hitam, garisan biru dan juga “cakaran” tiga garisan tanda niaga Monster.

Untuk pasaran Malaysia, kami yakin Hong Leong Yamaha Motors akan memperkenalkannya sekitar bulan September seperti lazimnya.

Tapi kalau anda tak sabar, boleh tunggu tak lama lagi ada lah runner yang bawa masuk set ni.

GALERI

Google ads
Back to top button