
Motosikal
MARSHAL MOTO XS250, TOUGHMAN 800N LANCAR SEPTEMBER INI – DARI RM20K
0MZM Bikes selaku pengedar rasmi jenama seperti Hanway dan SENKE bakal memperluaskan portfolio di Malaysia dengan jenama Marshal Moto.

MZM dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Marshal Moto akan debut di Malaysia pada bulan September ini dengan dua model baharu, XS250 dan Toughman 800N.
Menurut MZM, XS250 dan Toughman 800N masing-masing dikuasakan enjin V-Twin 250cc dan 800cc dan menawarkan karakter sebuah motosikal cruiser klasik Amerika.

Marshal Moto XS250 akan dijual dengan harga bawah RM20k sementara Toughman 800N akan ditawarkan pada harga bawah RM40k.
Maklumat lebih terperinci mengenai kedua-dua model akan dikongsikan menjelang hari pelancaran nanti.

