Motosikal

CFMOTO BAKAL LANCAR 550SR, NAIK TARAF DARI 450SR – DENGAN CASIS KALEX

CFMoto bakal memperluas tawaran model baharu untuk pasaran global dengan CFMoto 550SR serba baharu. 

Berdasarkan laporan di China, CFMoto bakal menggantikan 450SR dengan 550SR yang akan diedarkan di pasaran global pada lewat 2027. Menariknya, CFMoto didakwa akan mendedahkan model prototaip 550SR ini seawal November ini di EICMA. 

Difahamkan, 550SR serba baharu itu merupakan naik taraf dari 450SR. Naik taraf tersebut bukan sekadar mempertingkatkan kapasiti enjin malah CFMoto turut mengemas kini segala aspek termasuk pakej brek, elektronik dan reka bentuk. 

Pertamanya, cakera brek tunggal pada 450SR akan dinaik taraf pada cakera brek berkembar dan dipadankan bersama brek Brembo. Kerangka pula dinaik taraf kepada kerangka aluminium twin-spar yang dibangunkan oleh Kalex. 

Dalam pada itu, model 550SR itu juga dijangka akan menawarkan ciri seperti quickshifter selain ride-by-wire. 

*Prototaip CFMoto 550SR

Berdasarkan spyshot yang dikongsikan, 550SR juga jelas akan mengikut reka bentuk seperti 1000 V4SR yang juga dijangka akan diperkenalkan tahun ini. 

Persoalannya, adakah 550SR akan menggantikan sepenuhnya 450SR yang ketika ini antara model terlaris CFMoto di pasaran global?

*Prototaip CFMoto 550MT

Dalam pada itu, kemunculan 550SR juga telah pun dijangka ekoran CFMoto sebelum ini telah pun dikesan menguji sebuah motosikal yang didakwa sebagai 550MT. 

Google ads
Back to top button