Motosikal

MAS2024: QJMOTOR PERLUAS TAWARAN DENGAN SRV 700, SVT 650X – DARI RM33,888

QJMotor memperluas tawaran di pasaran Malaysia dengan pelancaran motosikal ‘cruiser’ SRV700 dan ‘adventure’ SVT 650X. 

QJMOTOR SRV700

SRV 700 merupakan motosika jenis cruiser yang ditawarkan QJMotor bermula tahun 2023 dan kini akhirnya mendarat di Malaysia dengan harga jualan rasmi RM33,888

Menariknya, rekaan keseluruhan SRV 700 tampak seakan-akan Harley-Davidson Fat Bob namun mengambil kira kerjasama antara kedua-dua pihak ini tidak hairanlah motosikal jenama Amerika itu menjadi inspirasi utama pembangunan SRV 700.

Walaupun sebuah ‘cruiser’ namun SRV 700 dikuasakan enjin parallel-twin 689cc yang diambil daripada SRK 700.  Hasilnya, enjin tersebut menawarkan 73hp dan 62Nm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac ‘multi-disc’. 

Sebagai sebuah ‘cruiser’, spesifikasi SRV 700 juga lebih konvensional berbanding model QJMotor lain. Antara kelengkapan ditawarkan adalah rim 16-inci depan dan belakang, kerangka jenis ‘tubular steel’, kaliper brek 4-piston berkembar depan dan tunggal di belakang. 

Menariknya, dengan kehadiran tangki 16 liter, SRV 700 ini pastinya sesuai untuk tunggangan jarak jauh dan santai.

Namun ciri moden lain masih ditawarkan antarnaya lampu LED, panel meter digital LCD dan ‘handlebar’ jenis lurus dan ‘bar-end mirror’. 

QJMOTOR SVT 650X

Peminat motosikal ‘adventure’ pula boleh merisik QJMotor SVT 650X yang hadir dengan harga jualan RM35,888

Berbeza dengan SRV700 yang dipacu platform parallel-twin, SV 650X pula dilengkapi dengan enjin V-Twin. Bagi yang memiliki pandangan tajam pastinya akan menyedari blok enjin tersebut mirip dengan enjin yang terdapat pada Suzuki V-Strom 650 XT. 

Atas kertas, SVT 650X menawarkan 75hp pada 9,000rpm dan 65Nm pada 8,000rpm. Mengguna pakai enjin V-Twin pastinya akan menarik ramai peminat motosikal yang menghargai nota bunyi yang dihasilkan enjin berkenaan. 

Dalam pada itu, SVT 650X menawarkan pelbagai ciri moden termasuk:

  • lampu LED dengan fungsi DRL (daytime running light)
  • panel meter TFT
  • tangki 20L
  • fork depan jenis USD
  • cakera brek berkembar 320mm (depan), cakera tunggal 260mm (belakang)
  • ABS dwi-saluran
Google ads
Back to top button