Motosikal

HONDA ADV 150, MAMPUKAH SKUTER INI KE LALUAN OFFROAD? ATAU SEKADAR GIMIK.

Honda ADV 150 merupakan antara skuter yang ditunggu kemunculannya oleh para peminat skuter automatik. Dan salah satu tarikannya ialah kemampuannya beraksi di laluan offroad kerana ia dikatakan mempunyai DNA skuter super XADV 750.

Tapi sebagai peminat motosikal kami yakin anda juga akan sependapat dengan kami yang ia tidak akan mampu menandingi motosikal trail sebenar seperti Honda CRF150L. Jadi ia sebenarnya lebih sesuai dikelaskan sebagai skuter Street Adventure. Ia juga dilengkapi dengan tayar dwi-kegunaan, selain suspensi yang lebih baik dan bar hendal yang menyerupai motosikal trail.   .

Untuk menentukan sama ada skuter ini mempunyai keupayaan mengharungi laluan offroad, roakan kami di tmcblog.com Indonesia telah melakukan uji tunggang di kawasan luar bandar dengan beberapa cabaran offroad ringan.

Medan ujian yang dipilih ialah sebuah kawasan perumahan yang akan dibangunkan dengan permukaan yang sedikit beralun, tanah merah dan kering.  Selain daripada itu terdapat juga beberapa aliran air untuk menguji kemampuan skuter adventure paling kecil Honda ini.

Satu daripada kelebihan ADV150 ini ialah ia mempunyai suspensi depan yang lebih panjang berbanding skuter automatik lain. Jadi bila penunggang memecut mendaki kawasan yang sedikit berbukit, tidak akan kedengaran bunyi suspensi yang terhantuk dengan kerangka badan pada bahagian hadapan. Tapi berat penunggang juga memainkan peranan. Berat penunggang ujian ini hanyalah 60 kilogram sahaja tapi kalau berat penunggang melebihi 100 kilogram memang lain jadinya.

ADV150 ini juga mempunyai jarak kelegaan bumi tertinggi dalam kelasnya, jadi walaupun ia ditunggang naik turun bukit, sekalipun bahagian bawahnya tidak bergesel dengan permukaan bumi.

Jadi adakah ia menyamai motosikal trail sebenar seperti CRF150L? Jawapannya jauh sekali. Jika dibandingkan dengan skuter automatik lain ia memang mempunyai kemampuan untuk anda mengharungi laluan offroad ringan tapi kalau anda ingin mengharungi laluan yang serius, lupakan sahaja kerana ia tidak setanding dengan motosikal trail sebenar. Jadi janganlah cuba-cuba  untuk menyertai Rimba Raid dengan skuter ini.

Namun begitu, bar hendal dan tayar dwi-kegunaan itu memang memberikan feel yang berbeza sewaktu antara keluar dari jalan raya berturap. Malah ia sebenarnya mengundang anda untuk ‘bermain-main’ acah-acah perlumbaan motorcross.

Tayarnya juga memberikan cengkaman yang lebih baik dipermukaan tayar kering berbandig tayar biasa. Tapi dalam lumpur basah, lupakan sahaja. Tapi tayar ini memang lebih sesuai berbanding menggunakan tayar offroad sebenar. Payah nak control di atas jalan raya jika menggunakan tayar offroad sebenar boh.

Satu lagi, jika ia digunakan di laluan offroad dalam kelajuan rendah dan putaran enjin yang sedikit tinggi, penggunaan minyaknya turut akan meningkat.    

Jadi kalau ingin bermain-main di laluan offroad ringan ataupun bawa masuk kebun, ADV150 ini memang sangat sesuai. Tapi kalau nak masuk pertandingan serius baik fikir banyak kali sebab itu memang bukan tujuan skuter dihasilkan.

Kredit gambar dan artikel tmcblog.com

Google ads
Back to top button