Buletin

MASUK PEJABAT ATAU KENA BUANG- BOS TESLA

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tesla, Elon Musk memaklumkan dalam emel kerja secara remote atau jarak jauh tidak lagi boleh diterima pakai.

Melalui emel berkenaan, Musk menegaskan para pekerja perlu hadir ke pejabat sekurang-kurangnya 40 jam seminggu atau tinggalkan syarikat.

Bagaimanapun, ia tidak tertakluk kepada para pekerja yang berdepan keadaan luar biasa.

“Sesiapa yang ingin melakukan kerja secara remote perlu berada di pejabat sekurang-kurangnya 40 jam seminggu atau tinggalkan Tesla.

“Ia adalah kurang daripada yang kita peruntukkan kepada para pekerja kilang,” tulis Musk Selasa lalu.

Dalam emel kedua, Musk menjelaskan para pekerja yang tidak memenuhi syarat 40 jam seminggu dianggap meletak jawatan.

Beliau turut mengingatkan para pekerja tentang pengorbanan secara peribadi pada tahun 2017 dan 2018.

“Banyak kali saya tinggal di kilang agar para pekerja dapat melihat saya sentiasa bersama-sama mereka. Kalau saya tidak melakukan perkara itu sudah lama Tesla bankrap,” katanya.

Mengulas soalan pengguna Twitter yang bertanya jika terdapat para pekerja Tesla beranggapan masuk ke pejabat adalah konsep kuno.

Musk memberitahu mereka harus berpura-pura bekerja di tempat lain.

Pengumuman terbaharu itu pasti akan menerima maklum balas berbeza daripada pekerja Tesla.

Begitupun, para pekerja Twitter akan lebih merasa bimbang dengan perkembangan terbaharu berkenaan. – carscoops

Google ads
Back to top button