Buletin

3,725 UNIT CHEVROLET, SAAB RECALL DI MALAYSIA. NAK GANTI INFLATOR BEG UDARA

Chevrolet melancarkan kempen panggil balik membabitkan 3,725 unit kenderaan Chevrolet dan SAAB di Malaysia bagi menggantikan inflator beg udara pemandu Takata.

Syarikat automotif itu berkata, model yang terbabit ialah Chevrolet Cruze (2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015), Chevrolet Sonic (2013-2014), Chevrolet TRAX (2017) dan SAAB 9-3 (2007).

“Inflator beg udara pemandu ini mengandungi tablet bahan rejang PSAN (Ammonium Nitrat Fasa Distabilkan) yang tidak kering, yang mungkin mengalami perubahan selepas terdedah kepada suhu tinggi kitaran suhu siang dalam persekitaran kelembapan tinggi.

Memandangkan Chevrolet tidak mempunyai pejabat di Malaysia pada masa ini, syarikat itu telah melantik dua rakan kongsi tempatan untuk menjalankan kempen terbabit.

Pembaikan panggil balik yang bermula hari ini dan secara percuma itu akan dikendalikan oleh pengedar sah Honda terpilih.

Sementara itu, Saphan9 Engagement, syarikat perunding komunikasi dan kandungan, telah dilantik untuk mengendalikan pengumuman, capaian pelanggan, aset digital, maklumat dan pengurusan data.

Pemilik yang terjejas digalakkan melayari laman mikro panggil balik Chevrolet di www.chevrolettakatarecallmy.com di mana mereka akan dibimbing mengenai langkah-langkah untuk pembaikan panggil balik beg udara itu. –Bernama

Google ads
Back to top button