Buletin

DALAM TEMPOH KURANG SEBULAN, TESLA DAH 2 KALI NAIKKAN HARGA MODEL 3

Tesla masih samar-samar dalam memberi kata putus terhadap harga produk jenama keluaran syarikat Amerika Syarikat (AS) itu.

Mana tidaknya dalam tempoh kurang satu bulan, syarikat terbabit telah menaikkan harga Tesla Model 3 sebanyak dua kali.

Begitupun, Model 3 standard pacuan roda belakang tidak terjejas dengan kenaikan tersebut dan masih dijual pada harga AS$46,990 (RM198,391).

Bagi model-model lebih power, ia tidak bernasib baik kerana terdapat peningkatan pada harga.

Bulan lalu, Model 3 Long Range dinaikkan sebanyak AS$2,500 (RM10,555) manakala Model 3 Performance naik sebanyak AS$3,000 (RM12,666).

Pada minggu ini, dua model berkenaan menyaksikan penambahan harga AS$1,500 (RM6,333) bagi Long Range dan Performance pula naik sebanyak AS$1,000 (RM4,222).

Walaupun kelihatan agak drastic, ia sejajar dengan harga pasaran semasa.

Secara purata, harga kereta meningkat kira-kira 12 peratus menjadikan Model 3 agak murah.

Bahkan, kenaikan harga Tesla tidak ketara berbanding pasaran kereta terpakai dengan purata harga kereta dan trak meningkat lebih 40 peratus.

Dalam pada itu, Elon Musk mendedahkan mengapa harga produknya naik begitu kerap beberapa bulan lalu.

 “Harga meningkat berikutan tekanan harga rantaian bekalan utama di seluruh industri terutamanya bahan mentah,” katanya. – carbuzz

Google ads
Back to top button