Buletin

SIENTA TIBA KE PASARAN TEMPATAN HUJUNG TAHUN INI?

Spesifikasi Toyota Sienta didedahkan sepenuhnya ketika Indonesia International Motor Show 2016 awal April lalu.

sienta_mekanika

Namun, apa yang lebih menarik, produk Indonesia itu bukan sahaja direncanakan untuk pasaran di sana.

Khabarnya model berkenaan juga bakal dieksport ke Malaysia dan Thailand menjelang akhir tahun ini. Perkhabaran  menerusi laman portal Dapurpacu itu  seakan menunjukkan tanda isyarat bahawa Malaysia akan menerima Toyota Sienta.

Screenshot_20160407-104638

“Sienta rencananya akan dieskport ke  Malaysia dan Thailand terlebih dahulu  akhir tahun ini. Tapi kami akan pastikan keperluan pelanggan di Indonesia mencukupi dahulu,” ujar Pengurus Eksekutif Senior Koordinator Toyota Astra Motor (TAM),  Shuichi Ishii.

Pengeluaran Sienta akan bermula Julai hadapan di kemudahan Toyota di Karawang.

Screenshot_20160407-104634

Sienta merupakan MPV terkini yang diposisikan di bawah Innova dan berada di atas Avanza Veloz. Kenderaan tujuh penumpang itu ditawarkan dengan empat varian iaitu  E, G, V dan Q.

Di bawah hudnya tersedia enjin berkapasiti 1,497cc  berteknologi Dual VVT-i yang mampu menghasilkan kuasa 107hp dan tork 140Nm. Penghantaran kuasa ke roda hadapan diserahkan kepada transmisi manual 6-kelajuan atau CVT 7-kelajuan.

Harga model tersebut dianggarkan sekitar Rp230 juta hingga Rp295 juta (RM69,000 – RM88,500) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button