Artikel Pilihan

MAX VERSTAPPEN JUAL HONDA CIVIC TYPE R MILIKNYA UNTUK KEBAJIKAN

Sebenarnya juara F1 baru dunia bercadang untuk membeli kereta baru dan menjual kereta harian miliknya iaitu sebuah Honda Civic Type R FK8. Hasil jualan kereta tersebut melalui laman sesawang CarNext akan didermakan sepenuhnya kepada badan kebajikan.

Wing for Life merupakan badan kebajikan yang pertubuhan yang turut disokong oleh pasukan Red Bull Racing. Buat masa ini kami tidak dapat mengenalpasti varian manakah Honda Civic Type R yang dimiliki oleh Max, tapi kereta tersebut akan dilelong pada harga 33,333 pound bersamaan dengan RM 187,000 pada 23 Disember nanti

Sebelum menyerahkan kereta tersebut kepada CarNext, Max dilihat telah memandu kereta tersebut buat kali terakhir dan berharap pemilik baru dapat menjaga kereta tersebut sebaik mungkin. Berdasarkan video pendek, Honda Civic Type R tersebut menggunakan bahagian dalaman berwarna merah dan hitam manakala bahagian luar dicat dengan warna Championship White

Bacaan odometer pula mencatatkan sekitar 58,048km yang telah dipandu oleh Max. Selain daripada itu Max turt meletakkan tandatangannya pada bahagian papan pemuka kereta tersebut. Dalam keadaan standard, Honda Civic Type R tersebut menghasilkan 316 kuasa kuda (varian Eropah) dan 400Nm tork daripada enjin 2000cc 4 silinder turbo

Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.7 saat dan mencapai halaju tertinggi pada 272km/j. Jangan risau pasal Max tiada kereta kerana Max telah dihadiahkan sebuah Acura NSX yang berwarna oren sebagai hadiah kemenangan daripada pasukan Red Bull Racing

Jika anda berminat, anda boleh bida kereta Honda Civic Type R yang pernah menjadi milik Max Verstappen di laman sesawang Car Next

Google ads
Back to top button