Buletin

NASIM PREBIU PEUGEOT 208 & 2008 – DIPASARKAN AWAL TAHUN DEPAN

Dalam satu majlis menghargai sokongan media sepanjang tahun 2016 pada petang tadi, pengedar kenderaan jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd (Nasim) telah mempamerkan dua model terbaharunya, 208 dan 2008.  

Bakal diperkenalkan ke pasaran tempatan awal tahun depan, model facelift itu menerima perubahan yang cukup siginifikan.

peugeot-2008-facelift-2017-mekanika-3

Melihat dari segi penampilannya, kedua-dua model itu dipasang dengan gril radiator dan sepasang lampu rekaan baharu di hadapannya. Sementara bahagian belakang pula lebih menyerlah dengan lampu yang baru.

Perubahan paling ketara pastinya rangkaian kuasa yang digunakannya. 208 dan 2008 bakal dijana oleh enjin baharu Peugeot dikenali sebagai PureTech. Enjin tiga silinder bersesaran 1.2 liter itu mampu menghasilkan kuasa 112PS dan tork 205Nm pada putaran enjin serendah 1,500rpm.

peugeot-2008-facelift-2017-mekanika-5

Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan yang lebih efisien daripada Aisin.

Apa yang menarik, enjin itu jauh lebih jimat berbanding enjin lama aspirasi biasa bersesaran 1.6 liter berkuasa 120PS. Jika enjin lama menggunakan bahan api 6.7 liter bagi setiap 100km, enjin kecil itu pula hanya memerlukan 4.2 liter untuk mendapat jarak yang sama.

peugeot-2008-facelift-2017-mekanika-2

Malah, dengan setangki penuh, Peugeot mendakwa 208 mampu bergerak sejauh 1,190km. Memang jimat betul, macam kereta diesel ni. Enjin PureTech itu juga dikatakan lebih senyap, ringan dan menawarkan kualiti pemanduan yang selesa.

Di bahagian kokpit pula, kedua-dua model terus mengaplikasikan rekaan i-Cockpit yang ringkas dan minimalis. Jadi, jumlah butang kawalan audio dan pendingin hawa adalah minimum.

peugeot-2008-facelift-2017-mekanika-1

208 dan 2008 akan ditawarkan kepada pengguna tempatan sebagai unit CKD. Harganya? Nasim memberitahu pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk anda semua.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button