Buletin

AUTONEST SOLUSI KENDERAAN DI HUJUNG JARI

Malaysia merupakan antara negara Asia Tenggara yang mencatatkan jumlah pemilik kenderaan berdaftar tertinggi dengan jumlah kira-kira 17 juta.

Bagaimanapun, melalui kajian sebanyak 90 peratus daripada jumlah itu menunjukkan pemilik kenderaan kekurangan pengetahuan mengenai penyelenggaraan kenderaan mereka.

Menyedari kepentingan servis dan penyelenggaraan kenderaan, Autonest Sdn. Bhd. telah membangunkan aplikasi terbaharu menawarkan solusi kenderaan kepada para pengguna di negara ini.

Apatah lagi apabila dunia berdepan pandemik Covid-19, platform online merupakan alternatif terbaik dalam norma baharu masa kini.

Melalui aplikasi Autonest, para pengguna boleh mencari solusi kenderaan di hujung jari mereka apabila terdapat 500 perniagaan berkaitan industri automotif ditawarkan di hujung jari mereka.

Bahkan, ia sangat mudah digunakan dan boleh membuat temu janji untuk penyelenggaraan di bengkel-bengkel yang menarik minat pengguna.

Pengasas Autonest Sdn. Bhd., David Bong berkata, pihaknya menyasarkan aplikasi Autonest mampu menjadi platform solusi kenderaan nombor satu di negara ini.

“Sehingga hari ini, terdapat 500 peserta berkaitan industri automotif telah menyertai aplikasi tersebut dalam memberi kemudahan kepada para pengguna.

“Aplikasi yang memudahkan orang ramai memperoleh perkhidmatan dan kemudahan berkaitan automotif berkenaan telah mencecah lebih 100,000 pengguna,” katanya ketika majlis pelancaran aplikasi Autonest di Kuala Lumpur.

Majlis berkenaan dilancarkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Buat masa ini, David memberitahu,  pihaknya memberi tumpuan  di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia akan melebarkan sayap di negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur agar dapat memberi platform terbaik kepada pemain industri automotif serta para pengguna menikmati kemudahan online tersebut.

David menyasarkan sebanyak 10,000 para pemain industri automotif akan menyertai aplikasi tersebut dalam tempoh dua tahun.

Untuk keterangan lanjut boleh memuat turun aplikasi Autonest di Apple Store dan Google Play.

Google ads
Back to top button